RENCANA
Manchester United cari Pochettino
Permulaan prestasi yang kurang memberansangkan dipamirkan Manchester United pada awal musim 2020-2021 ini telah mengundang keresahan dan kebimbangan dikalangan peminat-peminat Man United.
Kedudukan di tangga ke 16 ketika ini begitu merisaukan pengurusan Man United, apatah lagi dengan prestasi yang tidak menentu dikalangan pemain-pemain Man United sendiri. Kekalahan besar Man United di tangan Tottenham Hotspurs minggu lalu telah mencemarkan sedikit reputasi Ole Gulnner Solskjaer sebagai pengendali Man United.
Kekalahan itu juga membuatkan pengurusan tertinggi Man United dikatakan sudah mula membuat persiapan untuk mencari penganti Solskjaer bagi memulihkan kembali imej dan reputasi Man United berdasarkan laporan The Merror didalaln aplikasi All Football baru-baru ini. Inilah situasi terkini bagi pasukan Man United dan calon yang dicari-cari oleh pengurusan Man United ketika ini pula ialah Mauricio Pochettino. Sekiranya benar apa yang dilaporkan itu sudah pasti akan menambahkan lagi kegusaran dikalangan peminat-peminat Man United. Apakah Pochettino mampu melonjakkan kembali kedudukan dan martabat Man United atau menambahkan pergolakkan dalam pasukan Man United.
Iklan
Apa yang dilakukan oleh pengurusan tertinggi Man United sekiranya benar untuk mengambil Pochettino sebagai pengurus bahru Man United adalah merupakan tindakkan bijak kerana Pochettino merupakan seorang pengurus yang mempunyai idealogi yang baik serta falsafah permainan yang begitu sesuai dengan pemain-pemain Man United ketika ini. Lihat sahaja bagaimana Pochettino berjaya meningkatkan reputasi Tottenham Hotspurs walaupun dengan peruntukan kewangan yang kecil. Dimana Pochettino bijak dalam menggunakan kelebihan dan kekuatan individu pemain-pemainnya untuk menjadikan sebuah pasukan yang mantap sebagaimana Pochettino menjadikan Harry Kane, Son Heung Min dan Dele Alli sebagai tunjang utama Spurs.
Dengan kehadiran penyerang berpengalaman Uruguay iaitu Edison Cavani dalam skuad Man United pasti akan dapat membantu Pochettino dalam menyusun strateginya untuk meningkatkan prestasi Man United dengan taktikal yang sesuai untuk dimainkan secara berpasukan baik ketika menyerang dan bertahan. Sekiranya perubahan itu benar-benar berlaku dalam masa terdekat ini itu satu keputusan yang baik dilakukan oleh pengurusan Man United kerana mereka ingin menyelamatkan reputasi Man United dan ingin menjaga nilai komersial Man United supaya tidak menurun walaupun berada di belakang Real Madrid dan Barcelona ketika ini.
Must-Watch Video