Pada 19 April 2025, team Nadi Arena mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri di Yop’s Steak & Seafood.
Rumah terbuka ini dihadiri barisan staf bilik berita Nadi Arena dan juga ahli Astro Arena yang lain dalam meraikan bulan Syawal. Pelbagai juadah dihidangkan termasuk roasted lamb, roasted chicken, ayam masak merah, laksa utara dan kuih-muih.
Tapi yang menjadi tumpuan utama pastinya daging Tomahawk yang dihidangkan bersama lobster serta kentang goreng dan salad.
Tekstur, aroma dan perisa tomahawk itu memang lain daripada yang lain! Cair dalam mulut macam marjerin, mampu membuatkan kita termimpi-mimpi sampai ke syawal depan. Lobsternya pula tidaklah terlalu kering, ataupun “moist”. Serba lengkap dengan perisa yang mencukupi.
Lagi best, sebelum makanan ini dihidangkan kepada kita, chef akan buat “show” dengan api dan taburan garam ke atas hidangan, membuatkan pengalaman menikmati juadah ini 10 kali ganda lebih wow!
Kalau ada mana-mana peminat Nadi Arena ataupun pembaca Stadium Astro yang mencari tempat sesuai untuk menikmati selera seisi keluarga, boleh singgah di Yop’s Steak & Seafood di Bandar Kinrara! Pasti berbaloi!