Skip to main content

Rencana

Man United cari kemenangan pertama di Old Trafford

rashford.jpg
Retetan dari prestasi yang kurang memberangsangkan di awal musim dari Manchester United dan Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris akan terus menjadi perhatian penyokong mereka. Apatah lagi pertemuan dua gergasi bola sepak Inggeris itu pada hujung minggu ini akan terus menguji sejauh mana kemampuan Ole Gunner Solskjaer dan Mikel Arteta dalam merencanakan strategi bagi memerangkap lawan masing-masing. Mengikut rekod pertemuan bagi kedua-dua pasukan itu pada dua musim yang lalu ia agak seimbang.

Sudah pasti ketajaman bahagian serangan dan kekentalan bahagian pertahanan akan menjadi tumpuan pada pertemuan itu. Berdasarkan perlawanan terdahulu itulah masalah yang paling ketara dihadapi oleh kedua-dua pasukan dan perlu diperbaiki dengan segera sekiranya ingin berada pada kelompok teratas liga terutama bagi pasukan Man United. Dari lima perlawanan yang dilalui Man United hanya berjaya melakukan 9 jaringan dari 5 perlawanan sementara 12 gol dibolosi. Ini menunjukan bahawa bahagian pertahanan Man United tidak konsisten dan mudah dibolosi pihak lawan.

Ia juga merupakan tugasan yang berat dan memcabar akan di pikul oleh barisan hadapan Man United terutamanya Marcus Rashford. Bukan mudah apabila berhadapan dengan pemain-pemain pertahanan Arsenal yang sudah mula menunjukan peningkatan dari segi persefahaman dalam permainan walaupun tewas pada perlawanan terakhir mereka. Gandingan pemain-pemain midfield Man United juga perlu meningkatkan persefahaman dan kombinasi mereka untuk membantu pemain-pemain pertahanan ketika berhadapan dengan serangan lawan.

Kemenangan ke atas Arsenal amat penting bagi pemain-pemain Man United kerana dengan kemenangan itu akan meningkatkan lagi tahap keyakinan mereka kerana untuk musim ini Man United belum lagi mencipta kemenangan di laman mereka sendiri. Itulah harapan semua peminat-peminat The Red Devils untuk melihat kemenangan berjaya di cipta di laman mereka sendiri setelah kecewa dengan prestasi anak-anak buah Solskjaer kebelakangan ini apabila Man United menduduki tangga ke 15 liga setakat ini.

Advertisement

Must Watch Video