Skip to main content

Advertisement

Rencana

Man City terus maju, Man United makin mundur

manchester.jpg
Kegagalan Manchester United mengutip mata penuh ketika bertemu dengan pasukan kedua tercorot saingan Liga Perdana Inggeris iaitu West Bromwich Albion FC telah membuka ruang yang lebih besar pada Manchester City untuk terus berada jauh dihadapan.

Keputusan seri itu sudah pasti melegakan pengendali Man City, Pep Guardiola apabila pesaing terdekat pasukannya, Manchester United sudah mula menunjukkan permainan yang mendatar dalam beberapa perlawanan sehingga hilang mata-mata penting.

Dengan menggekalkan 24 perlawanan tanpa kalah pada semua kejohanan, itu telah menunjukkan Man City sudah lebih bersedia untuk berhadapan dengan semua pasukan pada baki perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris. 

Setelah menewaskan Tottenham Hotspurs hujung minggu lalu ia terus melonjakkan semangat Pep Guardiola dan anak-anak buahnya untuk terus menggekalkan momentum kemenangan Man City dan terus meninggalkan pencabar mereka seperti Man United dan Leicester City. Ini kelebihan yang dimiliki Man City stelah Pep Guardiola berjaya menggembalikan corak permainan dan falsafah bola sepak Man City terutama melalui penguasaan bola dan pergerakan secara berpasukan.

Sementara itu, bagi Man United pula, Ole Gunnar Solskjaer perlu cepat memperbaiki bahagian pertahanan tengah Man United sekiranya tidak mahu kedudukan Man United terus mundur kerana ketika ini bila-bila masa sahaja Leicester City boleh memintas kedudukan tempat kedua carta liga. Man United perlu bingkas bangkit untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan itu sebelum berhadapan Newcastle United. Ini sangat penting untuk meningkatkan keyakinan diri dan moral pemain-pemain Man United sekiranya untuk terus bersaing dengan Man City.

Bagi penyokong-penyokong Man United itu satu kesilapan yang besar telah dilakukan Man United apabila pasukan kesayangan mereka gagal mengutip semaksimum mata dalam lima perlawanan terakhir Man United. Namun mereka masih lagi menaruh harapan agar Ole Gunnar Solskjaer mengunakan pengaruhnya untuk memberi motivasi kepada pemain-pemainnya supaya terus fokus selain menggekalkan kesebelasan terbaiknya pada setiap perlawanan supaya tidak mengganggu rentak kemenangan dan tidak terus mundur kedudukan carta liganya.

Advertisement

Must Watch Video