Skip to main content

Rencana

Maguire & Bruno ada kelas, Pogba acah-acah

harry-maguire-bruno-fernandes_.jpg
Pasukan gergasi yang masih belum lagi benar-benar "sattle down", Manchester United kini berdepan cabaran getir untuk mengembalikan keyakinan pasukan selepas tewas besar 1-6 kepada Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

The Red Devils membuat pembelian drastik pada hari terakhir jendela perpindahan dengan empat pemain baru iaitu Edinson Cavani, Alex Telles, Amad Diallo dan Facundo Pellistri dengan harapan mereka mampu memperbaiki prestasi semasa pasukan.

Namun apa yang lebih menjadi tumpuan Dayang ialah kenyataan sesetengah pemerhati bola sepak yang percaya kemasukan dua pemain berpengalaman iaitu Cavani dan Telles adalah lebih kepada mahu mengurangkan beban yang ditanggung dua pemain utama United, Harry Maguire dan Bruno Fernandes.

Untuk rekod, sejak Februari 2020, Maguire merupakan pemain paling lama beraksi di atas padang di Liga Perdana Inggeris dengan 2400 minit permainan. Bruno berada di tangga keenam dengan 2068 minit permainan.
 
Disebalik isu di bilik persalinan sewaktu tamat separuh masa pertama di antara ketua pasukan Harry Maguire dengan Bruno Fernandes, Dayang melihat kedua-kedua pemain dilihat cukup profesional menghadapi kritikan selepas kekalahan memalukan. Tiada lanjutan persengketaan antara mereka, malah Maguire memohon maaf secara rasmi atas prestasi hambar yang dipamer United.

Namun apa yang mengecewakan adalah kenyataan dari pemain tengah United, Paul Pogba yang mengimpikan mahu bermain buat Real Madrid. Disaat The Red Devils, jersi pasukan yang disarung sedang bergelut mencari rentak kemenangan, Pogba sibuk mahu beraksi buat Los Blancos pula! Malah prestsi semasanya juga amat-amat mengecewakan apabila sering kali hilang bola dan arah dia atas padang.

Tiada salah jika mahu mengejar impian beraksi buat pasukan yang lebih baik, namun selaku pemain profesional, kenyataan yang dikeluarkan haruslah kena pada tempatnya. Ini Pogba sendiri pun beraksi hampeh, ada hati nak berhijrah ke Santiago Bernabeu.

Advertisement

Must Watch Video