LVG, MCclaren menghitung hari
Burn Thevandran
Disember 28, 2015 06:20 MYT
Disember 28, 2015 06:20 MYT
Beliau sekadar merekodkan kekalahan 0-2 kepada Stoke City di Britannia dan seri tanpa jaringan dengan Chelsea awal pagi tadi.
Desas desus mengatakan Jose Mourinho bakal menjadi pengganti beliau dan ramai penyokong Manchester United sendiri sudah hilang kepercayaan terhadap LVG dan 'strategi' beliau yang sehingga kini masih belum membuahkan hasil.
MU kini tanpa sebarang kemenangan dalam 8 perlawanan dan ramai pengkritik menyatakan bahawa LVG semakin mencipta rekod demi rekod buruk buat United.
Selepas keputusan seri dengan Chelsea pagi tadi pasti ramai menunggu jawapan samada LVG akan dipecat atau diberikan lebih masa.
Kini semuanya tertumpu pada pihak media menanti jawapan masa depan antara kelab terkaya di dunia. Spekulasi juga mengaitkan Ryan Giggs diberikan peluang mengendalikan pasukan sehingga penghujung musim kerana statusnya sebagai lagenda kelab tersebut sebagai pemain.
Beralih ke Jose Mourinho dan kaitan beliau dengan Manchester United selepas dipecat sebagai Pengurus pasukan Chelsea buat kali kedua sejurus selepas musim di mana beliau menjulang Piala Liga Perdana Inggeris buat The Blues.
Merujuk kepada media sosial ramai penyokong MU di seluruh dunia menyatakan kini Mourinho bukanlah pengganti sesuai buat LVG kerana karektor beliau sebagai Pengurus tidak sesuai dengan Manchester United. Ini menunjukkan penyokong penyokong MU mengharapkan pengganti yang lebih efektif dan berjaya.
Persoalannya siapa antara pengurus yang lebih berjaya dari Jose Mourinho selain Pep Guardiola pada ketika ini.
Pep juga meluahkan hasrat meninggalkan Bayern pada penghujung musim ini nanti namun MU mencari pengganti sekarang.
Teka teki berterusan buat penyokong MU dan masa depan kelab terkemuka ini kelihatan tidak stabil walaupun perbelanjaan besar dilakukan pada awal musim ia nampak seolah olah tidak berhasil selepas tersingkir dari saingan Liga Juara Juara Eropah dan juga sekadar berada pada kedudukan ke-6 liga pada pertengahan musim Liga Perdana Inggeris dengan 8 kemenangan, 6 seri dan 5 kekalahan.
Cerita mengenai masa depan yang tidak tentu buat Pengurus kelab Liga Perdana Inggeris, seorang lagi yang pasti tidak duduk senang ketika ini adalah Steve Mcclaren di Newcastle yang sekadar mengutip 17 mata daripada 19 perlawanan sekadar 4 kemenangan, 5 seri dan 10 kekalahan dan lebih perit lagi berada dalam kelompok 3 pasukan tercorot ketika ini diikuti Sunderland dan Aston Villa di tempat ke-19 dan 20 masing masing.
Ini sesuatu yang begitu menghampakan serta merisaukan buat kelab berstatus besar seperti Newcastle dengan perbelanjaan agak besar 2-3 pemain dibawa masuk Mcclaren awal musim tidak membuahkan hasil malahan juga tidak beraksi dalam kesebelasan utama yang membuatkan penyokong sendiri tidak percaya kepada beliau untuk mengendalikan pasukan ini kerana ketidaktentuan keputusan yang diambil beliau.
Sasaran beliau pada awal musim adalah 8 pasukan terbaik namun kini jika Newcastle mampu selamat dari disingkirkan ke Championship sudahpun boleh MCclaren bersyukur.
Persoalannya adakah beliau akan diberikan masa untuk menyelamatkan musim Newcastle ataupun pemilik kelab Mike Ashley sudahpun hilang sabar dengan beliau? MCclaren adalah pengurus ternama yang pernah munvul juara di Liga Belanda bersama FC Twente dan pernah juga menguruskan pasukan kebangsaan England dengan baik, namun apa yang kita lihat beliau lakukan bersama Newcastle ketika ini langusung tidak memberikan gambaran bahawa beliau adalah Pengurus berpengalaman.
Ada juga kemungkinan pemain pemain tidak selesa lagi dengan strategi beliau sepertimana LVG dan Mourinho sebelum Jose dipecat kita lihat keputusan demi keputusan mengecewakan dan kini selepas Guus Hiddink menggantikan beliau Chelsea tanpa kalah dalam 3 perlawanan.
Ini bukti bahawa pemain di atas padang menentukan segala-galanya.
Pengurus sekadar memotivasi dan menyemarakkan semangat pemain mereka. Jika mereka tidak mampu lakukan sedemikian tidak kira waktu, pengurus sentiasa menjadi mangsa keadaan.