Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Rencana

Liverpool terus malang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

20-liverpool_everton.jpg
Ketika tiga pasukan teratas Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester City, Manchester United dan Leicester City terus bersaing untuk mencari tempat yang terbaik bagi pasukan mereka namun sedikit malang bagi juara bertahan musim lalu Liverpool apabila tewas di Anfield untuk kali keempat berturut-turut pada musim ini selepas tewas di tangan Everton.

Inilah saat yang begitu sukar kepada Jurgen Klopp apabila anak-anak didiknya masih lagi tidak menemui retak kemenangan. Walaupun Jurgen Klopp masih lagi menunjukkan keyakinan yang tinggi ketika di wawancara wartawan namun dari segi gerak tubuh badan ia menggambarkan bahawa Klopp berada dalam keresahan dan kebimbangan.

Ia merujuk pada prestasi terkini Liverpool yang kehilangan 16 mata dari 4 perlawanan, bukan itu sahaja Jurgen Klopp juga perlu merubah kembali taktikal dan posisi pemain-pemain yang dimiliknya untuk mengisi kekosongan pemain-pemain utama yang mengalami kecederaan terutama di bahagian pertahanan tengah dan midfield pertahanan. Ia menambahkan lagi keperitan Liverpool setelah Jordan Henderson pula mengalamai kecederaan pangkal peha yang serious dimana Jurgen Klopp terpaksa mengubah posisi pemain-pemain yang sedia ada untuk diletakkan di posisi yang menjadi masalah padanya ketika ini.

Dalam setuasi sebegini Liverpool boleh melupakan hasratnya untuk menggekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris  musim 2020/2021 sebaliknya boleh menumpukan kedudukan terbaik dalam merebut slot ke Piala Juara-juara Eropah musim akan datang. Ini kerana kedudukan Liverpool pada tangga ke enam ketika ini agak tidak terjamin dimana pasukan-pasukan di bawah Liverpool sudah mula menunjukkan peningkatan dari segi prestasi pada setiap perlawanan seperti Everton yang menduduki tangga ke 7 di belakang Liverpool yang hanya dipisahkan melalui kelebihan jaringan.

Ketika ini tiada pilihan untuk Liverpool selain perlu mencari kemenangan untuk meningkatkan kembali keyakinan pemain-pemainnya supaya tidak terus dihimpit keresahan walaupun Jurgen Klopp masih lagi menafikan yang pemain-pemainnya sudah hilang keyakinan sebaliknya telah menunjukkan permainan yang baik dan konsisten cuma nasib tidak menyebelahi mereka. Itulah nasib malang yang dikatakan oleh penyokong-penyokong bola sepak Liga Perdana Inggeris terhadap pasukan Liveepool dalam saingan musim 2020/2021 ini.

 

Advertisement

Must Watch Video