Skip to main content

Rencana

Liga Thailand atau Liga Indonesia?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ong-kim-swee.jpg
Selepas gagal membawa Skuad Bawah 22 tahun negara merangkul pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, nama Datuk Ong Kim Swee mula dikaitkan dengan beberapa kelab luar yang berpangkalan di Thailand dan juga Indonesia.

Gosip dan spekulasi ini mula tersebar memandangkan kontrak Datuk OKS akan tamat hujung tahun ini dan masih belum ada perbincangan dengan pihak FAM mengenai masa depannya. Di tambah pula, ada khabar angin mengatakan beberapa pegawai kelab luar sudah mula merisik mahu mendapatkan khidmatnya di masa akan datang.

Di Republik Indonesia, nama Datuk OKS bukanlah asing kerana pernah membawa Malaysia muncul juara sukan bola sepak pada Sukan Sea 2011 menewaskan Indonesia. Begitu juga di Thailand, kebolehan dan kepakaran yang dimiliki oleh Datuk OKS dalam mencungkil bakat-bakat muda sememangnya tidak boleh dipertikaikan.

Terbaru, tular di media sosial mengenai masa depan pengendali yang berasal dari Melaka itu. Ada yang mengatakan sudah tiba masa Datuk OKS untuk berpisah dengan FAM dan beliau mula dicari oleh kelab-kelab luar terutamanya di Indonesia dan Thailand. Laporan akhbar tempatan turut mengaitkan Datuk OKS dengan beberapa kelab di Indonesia antaranya Mitra Kukar FC, Bhayangkara FC dan Persija Jakarta.

Saya yang sememangnya mengikuti perkembangan Datuk OKS sejak dahulu lagi percaya bahawa pengendali berusia 46 tahun itu mempunyai kredibiliti untuk membimbing mana-mana pasukan di rantau asia tenggara ini. Seingat saya, pernah satu ketika pada 2013,khidmat Datuk OKS ditagih oleh pasukan seperti Vietnam dan Myanmar namun beliau memilih untuk terus bersama skuad bola sepak Malaysia.

Biar ke mana pun hala tuju Datuk OKS selepas ini, sejujurnya, saya berharap agar beliau akan terus menabur bakti kepada bola sepak Malaysia, akan tetapi andai benar spekulasi yang beliau akan membimbing pasukan kelab luar, doakanlah kejayaan Datuk OKS di luar sana. 

Semoga suatu hari nanti beliau akan kembali dengan membawa lebih banyak manfaat buat Harimau Malaya.

Advertisement

Must Watch Video