Skip to main content

Rencana

Lewis Hamilton, Simone Biles tidak ketinggalan serlah sisi fashionista!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lewis-hamilton.jpg
Met Gala – sebuah upacara fesyen tahunan yang cukup dinanti seluruh komuniti selebriti seantero dunia dengan saban tahun menampilkan tema fesyen ‘Haute Couture’ yang cukup menarik, segar, kreatif dan semestinya glamor!

Dengan menangkat tema tahun ini -- ‘Superfine: Tailoring Black Style’ – rata-rata elitis dunia hiburan berpusu-pusu menampilkan gaya fesyen cukup meledak dan mempersonakan di Fifth Avenue, New York.

Dari pemenang Academy Awards, ke pempengaruh terkenal dunia, ke bintang Bollywood dan Kpop – Upacara gah ini tidak ketinggalan untuk menjemput atlit terbaik dunia yang berjaya menggayakan fesyen bersesuaian dengan tema.

Antara yang dijemput ke Costume Institute Benefit tahun ini – semestinya ratu gimnastik dunia, Simone Billes yang tidak pernah mengecewakan menerusi persalinan Harbison Studio yang cukup menonjol dengan warna biru yang cocok dengan personaliti juara Biles.

 


Selain kehadiran veteran permotoran F1, Sir Lewis Hamilton yang tampil segak dalam persalinan Ivory Suit direka khas buatnya oleh pereka fesyen kelahiran England, Grace Wales Bonner. Hamilton semestinta tampil cukup kacak dalam busana berwarna krim selain diangkat antara jemputan yang berjaya mendapat perhatian pengkritik fesyen dunia.

Turut hadir dalam majlis berprestij ini – Raja Pecut Sukan Olimpik 2024, Noah Lyles yang hadir dengan busana daripada Thom Browne sambil dihiasi dengan barangan kemas mewah – Ana Khouri, juga legenda tenis dunia, Serena Williams yang hadir persis Cinderella menerusi busana indah berwarna biru cair daripada Moncler.

Semestinya upacara sosial seperti ini mampu menyerlahkan lagi kredibiliti dan imej atlet di mata dunia selain platform alternatif buat mereka untuk mencuba nasib dalam bidang fesyen.

Satu perkataan buat mereka semua – Effortlessly incredible!

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video