RENCANA
Legenda Lakers ke layar Oscar
Anugerah Akademi bagi kategori Filem Animasi Pendek 2017 jatuh kepada Glen Keane dan Kobe Bryant.
Kobe Bryant? The Black Mamba? Shooting Guard yang beraksi untuk Los Angeles Lakers sepanjang kariernya?
Adakah ini Kobe Bryant yang sama?
Iklan
Ya, dengan kekaguman luar biasa, ini adalah Kobe Bryant yang sama, Kobe yang memahat nama sebagai antara terhebat pernah menghiasi saingan NBA.
Kobe dianugerahkan Oscar yang sudah mencecah usia 90 tahun menerusi karya tulisan sendiri "Dear Basketball".
Animasi pendek ini turut mendapat sentuhan suara latar Kobe dan disimpulkan Keane sebagai pengarah yang terkenal dengan kerja belakang tabir filem-filem Walt Disney.
Berdurasi lima minit Dear Basketball menceritakan cinta dan keghairahan Kobe terhadap sukan ini yang mencuri 20 tahun daripada usia dia.
Bermula dengan kerjaya pada 1996 sehinggalah 2016, penghujungnya turut menyaksikan Lakers merehatkan dua jersi keramat Kobe #8 & #24.
Oscar ini menawarkan makna yang besar buat atlit seluruh dunia memandangkan mereka berupaya sampaikan apa sahaja mesej terutama yang berbentuk positif.
Segala elemen yang membuatkan kemenangan ini luar biasa ada dalam diri Atlit Malaysia yang akan terus mengharumkan nama negara.
To you Kobe Bryant, I salute you Sir.
Lima kejuaraan NBA dan kini Satu Oscar.
Anda sebab mengapa saya cintakan sukan dan filem.
Must-Watch Video