Skip to main content

Rencana

Lee Chong Wei (1) vs (0) Morten Frost

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

240217-chongvfrost.jpg
Lee Chong Wei menang.

Kini tidak perlu mendengar arahan Morten Frost.

Selain itu 'Projek Khas' juga akan direalisasikan oleh BAM untuk mempersiapkan Chong Wei bagi menghadapi Kejohanan Dunia pada Ogos.

Nampaknya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tiada pilihan tetapi memberi muka kepada pemain nombor satu dunia ini kerana kemungkinan mereka juga tiada pilihan lain.

Jika Lee Chong Wei keluar dari BAM, tiada apa yang boleh diheboh-hebohkan oleh mereka lagi.

Para pemain lain di bawah naungan mereka mempunyai ranking dunia yang jauh lebih rendah.

Projek ini diketuai oleh Hendrawan, jurulatih dari Indonesia bagi memastikan Chong Wei mendapat sokongan sepenuhnya dalam latihan bagi peluang menjadi juara dunia buat kali pertama.

Selain itu, ia juga dianggap sebagai jalan penyelesaian terhadap perselisihan antara Chong Wei dan Morten Frost.

Namun, pemerhati sukan memberi pandangan ini hanyalah untuk jangka masa pendek kerana masalah peribadi antara kedua-dua ikon ini hanya akan dapat diselesaikan di antara mereka.

Apa pun, Morten Frost masih 'bos' di BAM dalam menentukan hala tuju, misi dan program latihan skuad badminton negara.

Setidak-tidaknya, inilah yang diungkapkan oleh Hendrawan yang mengatakan dia masih perlu memaklumkan perancangannya dan prestasi para pemain dalam 'Projek Khas' yang disertai oleh Chong Wei, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven, Chong Yee Han, Soo Teck Zhi dan Lim Chi Wing.

Chong Wei sememangnya dalam kelas tersendiri kerana pencapaian dan auranya dapat mempengaruhi keputusan BAM serta mendapat apa yang dia mahu.

Lee Chong Wei menang. 

Tapi lebih baik jika menang di Kejohanan Dunia, Glasgow, Scotland dari 21 hingga 27 Ogos ini.

Advertisement

Must Watch Video