Shahril macam 'Superman'. Itu tajuk berita sebuah akhbar tempatan selepas penjaga gol baru Kedah, Shahril Saa'ri, beraksi cemerlang dalam perlawanan play-off Liga Juara-Juara Asia (ACL), bulan lalu.
Penjaga gol kelahiran Terengganu berusia 30 tahun itu melalukan 15 'save' ketika bertemu FC Seoul dari Korea Selatan sekali gus disifatkan setanding dengan kehebatan tiga penjaga gol Liga Perdana Inggeris (EPL).
Shahril mengatasi rekod penjaga gol Manchester United, David de Gea, penjaga gol Newcastle, Tim Krul dan penjaga gol Sunderland, Vito Mannone, yang masing-masing mencatat 14 'save' dalam 90 minit permainan sebelum ini.
Hebatkan Shahril? 'Abam' memang dah lama minat dia sejak bersama T-Team lagi hinggalah beberapa kali dipanggil menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya.
Tapi sayangnya, khidmat bekas penjaga gol Harimau Muda A ini tidak dapat digunakan untuk perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat.
Ia satu kehilangan besar buat Lang Merah walaupun kita tahu skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu mempunyai Ifwat Akmal Che Kassim untuk menjadi pengganti dan diturunkan dalam perlawanan penting itu.
Shahril tidak boleh beraksi bertemu JDT gara-gara menjalani penggantungan lima perlawanan selepas bertumbuk dengan pemain Pulau Pinang, Afiq Azmi, dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 20 Julai 2019.
Ia diputuskan Jawatankuasa Tataterib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), yang bermesyuarat pada 28 Ogos tahun lalu dan hukuman ke atas Shahril akan berakhir selepas perlawanan ketiga Liga Super musim ini.
Apa pun, semoga maju jaya buat Lang Merah!