Antara cabaran pengendali negara, Roelant Oltmans, dalam Piala Dunia ialah memilih siapa penjaga gol terbaik.
S. Kumar memiliki reputasi hebat dengan pelbagai Anugerah Penjaga Gawang Terbaik Dunia sementara prestasi Hairi Abd Rahman makin meningkat.
Jika tidak kerana keretakan tangan kanan, Kumar pasti tiada masalah sebagai pilihan utama.
Tetapi, ini Piala Dunia, bukan kejohanan bertaraf Asia Tenggara.
Sedikit kesilapan akan mengundang padah terutama posisi penjaga gol. Itu meletakkan Oltmans sukar buat keputusan sebelum berdepan Belanda.
"Keputusan akan dibuat pada saat akhir. Masih ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan (dengan barisan kejurulatihan) tapi saya beri jaminan siapapun yang diturunkan, mereka akan membanggakan rakyat Malaysia," kata Oltmans.
Saya lihat tangan Kumar masih berbalut.
Tetapi, dia beraksi baik ketika siri aksi persahabatan menentang New Zealand di Kuala Lumpur, minggu lalu.
Pada awalnya, saya jangka dia terlepas Piala Dunia 2018 kerana retak tangan bukan kecederaan biasa-biasa.
Namun, Kumar seorang pemain yang memiliki semangat juang tinggi. Setakat retak atau patah jari, tidak akan menghalangnya beraksi dalam kejohanan besar seperti Piala Dunia.
Ini penampilan kedua Kumar dalam Piala Dunia selepas meraih tangga ke-12 di The Hague, Belanda, empat tahun lalu.
Jangan salah faham, saya juga gembira melihat peningkatan Hairi.
Ini satu persaingan sihat untuk jadi yang terbaik dalam skuad hoki negara yang dihormati di seluruh dunia.
Selamat berjuang The Malaysian Hockey Tigers. Ayuh capai sasaran ke pusingan kedua!