Skip to main content

Advertisement

Rencana

Kualiti gol atau janji gol?

benteke.jpg
Kalau melihatkan kepada gol-gol cantik yang dihasilkan ketika merekod kemenangan 2-1 ke atas Brighton, kita pasti tidak menyangka yang Crystal Palace berdepan masalah ketumpulan jentera serangan.

Palace mengisi tangga ke-13 selepas berkongsi 32 mata dengan Leeds United di tangga ke-12, merekod 9 kemenangan, 5 keputusan seri dan 11 kekalahan setakat ini tetapi dalam kebanyakan perlawanan, terutama ketika tewas, Palace gagal meledak sebarang jaringan.

Sebagai contoh ketika menjadi mangsa pesta gol Liverpool pada 19 Disember 2020, Palace langsung tenggelam dalam perlawanan di laman sendiri dan kemudiannya ketika berkunjung ke kubu Aston Villa untuk pertembungan Boxing Day, dimana para pemain Palace juga tidak berjaya menemui sentuhan gol.

Namun ketika pemain pinjaman dari Mainz, Jean-Philippe Mateta memukau dengan tolakan 'backheel' untuk gol pembukaan Palace menentang Brighton, ia bagaikan membawa sinar baru kepada Palace.

Christian Benteke yang sebelum ini seringkali menimbulkan keresahan pengendali, Roy Hodgson dengan aksi tidak menentu, bukan sahaja muncul wira tetapi mempersembahkan kualiti terbaiknya sebagai antara penyerang utama.

Bagaimanapun, berdasarkan statistik permainan, apa yang direkodkan Palace jauh dari melegakan - benar, Palace memiliki 2 gol yang berkualiti, tetapi hanya itu serangan yang berjaya melepasi kawasan D pihak lawan.

Sepanjang masa penuh permainan, Palace hanya membuat 4 percubaan dengan 3 cubaan tepat, jumlah yang sangat sedikit kalau dibandingkan dengan Brighton, 45 percubaan dengan 8 cubaan tepat.

Tetapi dalam bola sepak, segalanya bergantung kepada jumlah gol yang berjaya menembusi gawang lawan - dalam bentuk apa sekalipun, berkualiti atau sebaliknya - ada pasukan lebih senang bermegah-megah dengan jaringan gol padang, ada juga lebih sinonim sebagai pakar dalam sepakan penalti - apa yang pasti, tanpa sebarang jaringan peluang untuk tewas itu sudah 50% dalam tangan.

Advertisement

Must Watch Video