SUKAN LAIN
Korea Selatan jadi destinasi temasya berprestij Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk Gangwon 2024.
Sekali lagi bertuah dapat merasai pengalaman berharga diberikan peluang oleh syarikat penerbangan tempatan, AirAsia X bagi mengikuti perjalanan hampir seminggu untuk mengenali keindahan negara Korea Selatan.
Istimewa kali ini, tumpuan diberikan kepada majlis pembukaan Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk Gangwon, yang berlangsung untuk aksi pembuka tirai dari 19 Januari hingga 1 Februari nanti, dengan sejumlah 1900 atlet terlibat di sekitar empat lokasi, iaitu Pyeongchang, Gangneung, Jeongseon dan Hoengseong.
Majlis pembukaan berlangsung di dua arena berasingan secara serentak, menyaksikan budaya Korea disambut oleh artis, penari dan penyanyi.
Iklan
Antara barisan utama penghibur termasuklah penyanyi, Hwasa, dan penyanyi rap, BewhY, penari, 1 Million Dance Studio, dan boy band Filipina yang berpangkalan di Korea, Hori7on.

Di Gangneung Oval pula, penonton menikmati persembahan seperti boy band, LUN8, girl band, Triple S, penyanyi rap, Ash Island dan Changmo, penari, Ambiguous Dance Company, dan kumpulan tradisional, Lennalchi.
Selain itu, live streaming turut diadakan ke Gangneung buat kami yang berada di lokasi berbeza, sekali gus dapat menyaksikan upacara nyalaan api temasya Olimpik.
Sesuatu yang baru buat saya dan rakan rakan lain dari Malaysia yang hadir di lokasi musim sejuk untuk dapat mengenali budaya negara itu apabila turut disambut baik oleh penduduk tempatan dan di kesempatan ini, saya ingin berterima kasih kepada Naib Gabenor, En. Jeong Kwang Yeol, Ahli Kedutaan Negara, En Yoo Sang Bum, serta Datuk Bandar, En Sim Jae Kook.
Semestinya ia pengalaman yang tidak dapat dilupakan!
Must-Watch Video