Skip to main content

Rencana

Kevin De Bruyne yang pintar

clipboard01.jpg
Melihat sahaja kelibat Kevin De Bruyne di atas padang sudah pasti akan menggerunkan pertahanan lawan. 

Dengan kemahiran dan teknik individu yang tinggi serta kepantasannya membuat keputusan itu akan memberi kelebihan kepada rakan sepasukan di bahagian hadapan untuk menjaringkan gol. Itulah kelebihan yang ada pada pemain sayap pasukan Manchester City tersebut dan dengan kelebihannya itu juga De Bruyne sudah dua kali dinobatkan sebagai pemain midfield terbaik Liga Perdana Inggeris iaitu pada musim 2017/2018 dan 2019/2020 serta pemain terbaik musim 2019/2020.

Walaupun baru pulih dari kecederaan tetapi De Bruyne telah dapat memberikan aksi yang konsisten sepanjang pertemuan dengan Marseille dalam Kumpulan C di Kejohanan Piala Juara-juara Eropah. 

Lihat sahaja bagaimana dua umpanan De Bruyne itu telah menghasilkan gol untuk Man City dan seterusnya mencipta kemenangan kedua berturut-turut pada saingan Liga Juara-juara Eropah. Statistik didalam saingan Liga Perdana Inggeris juga menunjukan De Bruyne seorang pemain yang berjaya melakukan umpanan tepat yang baik, dimana dari 159 penampilan bersama Man City 67 umpanannya berjaya menghasilkan gol.




Inilah salah seorang pemain sayap dan midfield terbaik di dunia yang perlu dicontohi dan perlu dijadikan rujukan video analisis oleh jurulatih-jurulatih tempatan terutama bagi jurulatih-jurulatih di peringkat akar umbi. Melalui rujukan dan video analisis yang dilakukan itu pasti akan membantu seseorang pemain itu berfikir dan dapat melihat sendiri bagaimana seseorang pemain bertaraf dunia berfikir dan membuat keputusan melalui kamahiran individu yang dimilikinya. 

Dengan cara itu sebenarnya ia dapat membantu seseorang pemain itu untuk meningkatkan keyakinan diri mereka dan lebih memahami apa yang telah di sampai oleh jurulatih mereka. 

Melalui kaedah ini tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia mampu melahirkan lebih ramai pemain-pemain midfield yang bijak berfikir dalam mencari solusi bagi membantu kejayaan sesebuah pasukan itu sebagaimana Malaysia memiliki pemain midfield yang kreatif dan pintar pada suatu masa lalu seperti Azizul Abu Hanifah. 

Jadikanlah seseorang pemain terbaik itu untuk dijadikan panduan dan bahan rujukan sebagaimana Belgium berjaya melahirkan seorng pemain yang pintar seperti Kevin De Bruyne.

 

Advertisement

Must Watch Video