Skip to main content

Rencana

Kempen Piala Konfederasi 2017 tiba ke kemuncaknya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

23617sanchez.jpg
Juara Dunia, Jerman, dan Chile selaku pemenang dua kejuaraan berturut-turut Copa America akan bertemu di pentas akhir dengan masing-masing mengidam kelangsungan momen manis dibawa pulang ke tanah air masing-masing.

Bukan sahaja gelaran juara yang dinantikan, aksi final ini dijangka turut menawarkan persembahan indah berseni daripada barisan yang dipertanggungjawabkan Joachim Loew dan Juan Antonio Pizzi.

Di sebalik imej garang, keras dan melawan yang sering dipamerkan skuad Die Mannschaft, sebenarnya ramai pemerhati lebih berminat untuk mengetahui kemampuan Chile. 

Semuanya kerana aksi kemas yang mengikut perancangan sehingga berjaya memerangkap Portugal ke penentuan penalti. Di sinilah kapten, Claudio Bravo, memainkan peranan pentingnya, menepis sepakan pertama yang menerbitkan perasaan khuatir pada barisan Fernando Santos.

Ia bukan kali pertama Chile mengejutkan lawan, malah sudah beberapa kali mereka bangkit daripada ketinggalan sehinggalah tiket final berada di dalam genggaman.

Namun, jika hanya bergantung harap kepada pertahanan semata-mata, kemenangan sukar juga dijelmakan. 

Inilah peluang terakhir buat pemain tonggak, Alexis Sanchez, mencipta gemilang tetapi dia dikatakan perlu menepis egonya yang agak tamak di hadapan gawang terlebih dahulu.

Jika tidak, pastinya peluang terbuka buat pemain muda Jerman yang tercari-cari cara membuktikan wibawa masing-masing.

Di sebalik peningkatan prestasi mengagumkan yang ditunjukkan Chile sejak tersingkir di peringkat kumpulan Copa America 2007, sukar untuk saya tepis keyakinan yang tetap menebal bahawa Jerman akan pulang dengan trofi kali ini.

Pastinya Loew bukan "saja-saja" bereksperimen jika tidak ada pelan B, C mahupun D, bukan. Anda bagaimana?

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video