RENCANA
Kembalikah Neymar?
Khabar angin tentang kepulangan Neymar Jr kini semakin hebat diperkatakan apabila muncul isu baru yang mengatakan Barcelona sedia membuat pertukaran dengan Coutinho bagi membolehkan bintang Brazil itu kembali ke Nou Camp.
Barcelona sebelum ini melepaskan Neymar Jr ke Paris Saint-Germain (PSG) pada awal musim 2017 dan kemudian mendatangkan Philippe Coutinho dari Liverpool untuk menggantikan peranan Neymar di posisi serangan. Malangnya, Coutinho masih belum menunjukkan prestasi konsisten yang diharapkan Barca.
Hasil perbincangan pihak pengurusan , Barcelona bersedia untuk menjalinkan kerjasama bersama PSG dengan membuat pertukaran pemain di antara Neymar dan Coutinho pada jendela perpindahan yang akan datang.
Kepulangan Neymar ke Nou Camp sememangnya amat ditagih Barcelona kerana aura yang dimiliki Neymar mampu memberikan impak yang positif terhadap pasukan itu dan tidak ketinggalan sudah tentu ian berita gembira bagi pihak penajaan. Perancangan membawa Neymar ke Barca amat disokong oleh rakan trionya Lionel Messi dan Luis Suarez yang juga popular dengan nama gabungan MSN, yang mengharapkan perancangan itu dapat dilaksanakan walaupun mengetahui membawanya pulang bukanlah hal yang mudah.
Pemain berusia 26 tahun itu mula mendarat di kem Barcelona pada tahun 2013 hingga 2017 dengan mempamerkan prestasi yang mengagumkan dan berjaya menghasilkan 68 gol. Beliau kemudian mencatatkan rekod perpindahan pemain paling tinggi di dunia apabila PSG membelinya dengan harga 222 juta Euro pada tahun 2017.
Hasil pembelian beliau, PSG kini mula disiasat atas salah laku pelanggaran ‘Financial Fair Play’, di kala dua musimnya yang terakhir. Jika memang terbukti melakukan pelanggaran Financial Fair Play, PSG dikhabarkan terpaksa menjual satu dari dua pemain bintangnya iaitu Neymar Jr atau Kylian Mapppe.