Skip to main content

Rencana

Kelayakan AFC Bawah 23 Tahun diselubungi pemain lebih umur?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screen-shot-2017-07-19-at-12-06-51-pm.png
Kau rasa umur dia berapa? Itu pertanyaan rakan penulis kepada penulis ketika sidang media pra-perlawanan kelayakan AFC Bawah 23 2018 yang diadakan di Bangkok, pada Selasa.

Sidang media itu membabitkan empat ketua pasukan dari empat negara tuan rumah Thailand, Malaysia, Indonesia dan Mongolia.

Namun, kelibat kapten Mongolia mencuri tumpuan. Bukan kerana latar belakangnya pernah beraksi di luar negara ke apa tetapi paras rupanya yang macam tidak kena dengan umurnya.

Ia amat berbeza dengan kapten Malaysia dan Indonesia yang memang tidak meragukan berdasarkan paras rupa masing-masing.

Persoalan mengenai pemain lebih umur sering timbul apabila membabitkan kejohanan peringkat bawah umur dan pengendali negara Datuk Ong Kim Swee mungkin sudah 'masak' dengan perkara ini.

Pada 2012, kontroversi telah melanda dalam kempen kelayakan di Yangon, Myanmar susulan pasukan tuan rumah didakwa menurunkan pemain lebih umur berdepan skuad Kim Swee ketika itu dikenali Harimau Muda.

Lawan menang 2-1 di Stadium Belia Thuwunna, Yangon sekaligus layak ke pusingan akhir selaku naib juara Kumpulan G.

Penjaring dua gol Myanmar, Kaung Si Thu ketika itu dikatakan sudah berusia 25 tahun manakala kapten, Kyaw Zayar Win berumur 24 tahun sedangkan mereka bermain dalam kejohanan bawah 22 tahun.

Malaysia B22 membuat protes awal di Yangon sebelum Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM dikehendaki menghantar susulan protes rasmi kepada AFC agar siasatan boleh dijalankan.
Namun, FAM mengumumkan mereka tidak akan membuat bantahan rasmi atas alasan tiada bukti kukuh untuk melakukan sedemikian.

Itu cerita ringkas mengenai apa yang pernah berlaku sebelum ini. 

Ketika ini, tiada isu berkenaan dibangkitkan walaupun penulis difahamkan beberapa negara di Asia ini ada berdepan kesulitan dengan pendaftaran peribadi kerana beberapa faktor tertentu seperti keadaan politik dan penempatan.

Dan berbalik kepada pertanyaan rakan penulis di awal tadi, penulis menjawab kepada dia, "hmm... 28 tahun kot!".

Advertisement

Must Watch Video