Semenjak pemecatan Mehmet Durakovic sebagai jurulatih pasukan Selangor setelah mencapai misi 33, ia mengundang pelbagai kontroversi membabitkan pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan peminat.
Dengan keputusan yang dibuat oleh pengurusan itu menerbitkan kemarahan peminat dan akhirnya kempen merombak pengurusan tertinggi FAS telah dilakukan oleh peminat berdasarkan apa yang dilihat melalui keputusan-keputusan dan politik dalaman FAS.
Akhirnya kemelut dalam FAS selesai setelah Presiden FAS mengarahkan rombakan pengurusan pentadbiran perlu dilakukan dan akhirnya dua orang yang tidak digemari peminat akhirnya melepaskan jawatan.
Tindakan tegas Presiden FAS perlu dipuji kerana sudah terlalu lama kemelut dalaman FAS ini berlaku. Banyak pasukan-pasukan yang menyertai Liga FAS ini rasa tidak berpuas hati dengan FAS kerana pasukan mereka tidak boleh menjadi ahli gabungan FAS. Ia kerana sikap segelintir orang-orang berkepentingan dalam persatuan ini yang menentukan pasukan mana yang menjadi ahli gabungan supaya senang nanti untuk menentukan mengundi mereka semasa AGM.
Kelab-kelab hantu banyak yang wujud untuk menjadi ahli gabungan sedangkan pasukan-pasukan ini tidak aktif dalam pertandingan, ini yang diperkatakan oleh pengerusi-pengerusi kelab yang bertanding dalam Liga FAS dan ada juga tindakan-tindakan yang tidak mengikut perlembagaan persatuan.
Apa yang dilakukan Presiden FAS ini tepat pada masanya supaya dapat membersihkan FAS serta dapat mengembalikan kegemilangan bola sepak Selangor dan kepada peminat-peminat Selangor terus bongkar sekiranya anda rasa ada lagi yang tidak kena dalam FAS ini.