Skip to main content

Rencana

Jurgen Klopp doktor, Naby Keita ubat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

keita-cropped_41wut6y4zlpl17yj8eljplesx.jpg
Ciri-ciri seorang pengurus pasukan yang baik adalah mampu merawat penyakit yang membelenggu pasukan.

Jurgen Klopp sekali lagi membuktikan dia tiada masalah menyelesaikan belenggu yang dihadapi, terutama setelah perpindahan yang tidak boleh ditangguhkan lagi oleh Philippe Coutinho.

Masalah bahagian tengah yang membataskan keseluruhan persembahan Liverpool pada musim lalu memaksa mereka sekadar berpuas hati di tangga keempat Liga Perdana Inggeris.

"Doktor" itu bukan tidak berbuat apa-apa, cuma "ubat" yang diperlukan untuk merawat penyakit mereka hanya boleh diperolehi selepas tamat musim.

Naby Keita adalah "ubat" yang dinantikan Klopp  dari RB Leipzig bernilai 53 juta Pound dan Klopp tidak teragak-agak untuk memberikan nombor jersi yang ditinggalkan legenda Liverpool, Steven Gerrard, iaitu nombor 8 kepada pemain antarabangsa Guinea ini.

Sebagai menghargai hadiah selamat datang, Keita tidak mengambil masa yang lama untuk memainkan peranannya dengan baik walaupun dia tidak menjaringkan sebarang gol dalam penampilan pertamanya setelah memudahkan tugas Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino di bahagian hadapan yang tampak lebih lancar. 

Kini, sejarah Keita di Anfield sudah pun bermula dan peminat Liverpool pastinya tidak sabar menantikan bagaimana perjalanan kempen pasukan kesayangan bagi musim 2018/2019 ini. 

Apakah selepas tiga tahun bersama Liverpool, Klopp sudah sedia menjadikan The Reds "luar biasa" sepertimana gelaran Manchester City pada musim lalu kerana menjadi pasukan yang baik sahaja tidak cukup untuk menjulang trofi. 

Advertisement

Must Watch Video