RENCANA
Jumpa lagi, Sorakan 12!
Percaya ataupun tidak, minggu lepas, pada 25hb Julai merupakan episod terakhir buat Sorakan 12 musim 2016.
Pada kebiasaannya, setiap Isnin saya akan sentiasa menerima emel dari penerbit tentang perancangan episod terkini Sorakan 12 dan sibuk membuat persiapan di bilik mekap dan juga studio.
Minggu ini, terasa sedikit janggal dan aneh sebab tiada emel yang diterima tentang Sorakan 12... Lagipun saya sudah terbiasa bersama dengan Ahmed Shahrazad Sani setiap Isnin, jadi bila tiada Sorakan 12 tu, rasa macam ada 'something missing' pula.
Iklan
Apa-apa pun, buat 'show' seperti Sorakan 12 ni memang best, jadi saya ada buat list kenangan paling manis sepanjang musim ini.
1. Berjumpa juara ragbi
Syahir Asraf dan Dinesvaran Krishnan sempat menjenguk kami di set Sorakan 12 selepas mencipta sejarah menjuarai Kejohanan Ragbi Asia Divisyen 1 buat pertama kalinya dalam sejarah ragbi negara. Pada mulanya saya berasa sangat gementar berjumpa dua orang hero ini tapi rupa-rupanya mereka sangat humble dan 'down to earth' ketika meluangkan masa bersama saya dan Ahmed!
2. Berjumpa atlit Olimpik
Johnathan Wong dan Nauraj Singh juga merupakan antara 'A-Listers' yang kami jemput sebagai tetamu di Sorakan 12. Mereka menceritakan azam Sukan Olimpik dan berjanji akan membuat yang terbaik di Rio nanti....Tapi paling best adalah apabila kami tanyakan soalan kepada mereka dalam segmen 'Pernah tak Pernah'. Nauraj memberikan jawapan yang membuatkan saya, Ahmed dan Johnathan ketawa jadi kalau anda nak tahu apa yang kami bualkan ketika itu, boleh 'scroll down' laman Instagram @arena801!
3. Gilberto Silva
Ada suatu ketika di mana kami memaparkan temubual bersama Gilberto Silva hampir setiap minggu! Bukannya apa, Gilberto Silva kan legenda Brazil dan Arsenal - rupa rupanya penonton Sorakan ramai meminati beliau. Bila tunjuk sahaja temubual beliau, sudah pasti akan mendapat respon yang sangat memberangsangkan. Jadi, kami pun terus menunaikan permintaan ramai!
4. #TeamDayang tewas
Setiap minggu, #TeamDayang dan #TeamAhmed akan berdepan dalam saingan permainan. Saya akui kalau game lukis dan teka ataupun nyanyi dan teka, game macam itu saya terer. Games yang lain, selalunya #TeamAhmed yang akan mendapatkan mata. Jadi akhirnya, #TeamDayang pun tewas dan pada episod terakhir, terpaksa menjalani hukuman. Hukuman jenis apa? Kalau nak tengok, singgahlah ke Youtube kami!
5. Surprise Birthday
Walaupun terpaksa menjalani hukuman selepas #TeamDayang tewas, geng Sorakan 12 juga sweet sangat apabila membuat 'surprise birthday' pada episod terakhir. Siapa sangka penerbit sempat menghubungi kedua adik saya untuk surprise-kan saya dengan kek hari jadi pada penghujung rancangan?
Sorakan 12, sehingga kita bertemu lagi. Terima kasih buat semua kenangan musim ini!
Must-Watch Video