Skip to main content

Rencana

Jualan borong Los Blancos

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

real.jpg
Kelab bola sepak mewah, Real Madrid dikhabarkan turut terkesan dengan pandemik covid -19 sehingga mereka dilaporkan bersedia melakukan penjualan pemain beramai-ramai demi menjaga kewangan kelab yang kian meruncing.

Dengan perlawanan liga dilangsungkan tanpa kehadiran penonton, kelab besar seperti Real Madrid turut merasai tekanannya apatah lagi mereka mempunyai ramai pemain berstatus bintang dengan gaji yang lumayan setiap minggu.

Secara tidak langsung, kemungkinan besar tiada pembelian pemain baru untuk musim hadapan buat Real Madrid, dengan pengendali Zinedine Zidane dijangka akan menggunakan pemain sedia ada untuk persiapan musim baru nanti. Nama-nama besar yang berada dalam radar seperti Paul Pogba dan Kylian Mbappe mungkin terpaksa dilupakan seketika sehingga kewangan kelab kembali dalam keadaan stabil.

Nama Gareth Bale, Marcelo, Lucas Vazquez, James Rodriguez dan Mariano antara senarai yang mahu dijual dalam masa terdekat ini. Real Madrid dilaporkan memerlukan sekurang-kurangnya 190 juta pound untuk meletakkan kelab mewah itu dalam keadaan kewangan yang meyakinkan.

40 juta pound sudah diterima hasil penjualan Achraf Hakimi (dipinjamkan ke Borussia Dortmund) ke Inter Milan. 'Mangsa' seterusnya mungkin James Rodriguez yang mendapat minat dari kelab di Liga Perdana Inggeris. 

Pemain kontroversi, Gareth Bale yang sering berselisih faham dengan Zinedine ZIdane turut menjadi antara pemain yang tersenarai untuk di jual, cuma tuntutan gaji yang tinggi menyaksikan banyak kelab terpaksa melupakan hasrat mendapatkan khidmat pemain yang berasal dari Wales itu.

'Orang lama' Marcelo juga mungkin terpaksa mencari angin baru, selain beberapa pemain lagi yang turut berada dalam senarai untuk di jual.

Penulis merasakan, secara tidak langsung, masalah kewangan yang melanda ini turut memberi ruang dan peluang buat Zinedine Zidane untuk 'mencuci' pasukan semasa, dengan mengekalkan pemain yang benar-benar perlu sahaja dan pemain yang menjadi 'beban' kelab harus ditunjukkan jalan keluar.

Advertisement

Must Watch Video