RENCANA
Johan Ghazali, skuad Sepak Takraw ungguli Anugerah Khas SAM-100Plus 2023
Pencapaian membanggakan atlet muda seni mempertahankan diri negara, Johan ‘Jojo’ Ghazali, serta kejayaan pasukan regu dan double sepak takraw negara, menyaksikan mereka diangkat sebagai penerima Anugerah Khas dalam majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2023.
Anugerah Khas berkenaan akan disampaikan pada majlis gilang-gemilang yang dijadual
berlangsung Khamis ini, di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Aksi cemerlang skuad sepak takraw negara meraih dua pingat emas dan satu perak pada kejohanan Piala Dunia ISTAF wajar mendapat pujian apatah apabila berjaya menumbangkan kuasa besar iaitu Thailand.
Iklan
Kejayaan tersebut telah menamatkan dominasi skuad Gajah Putih jelas menggembirakan seluruh rakyat Malaysia yang menyaksikan detik bersejarah tanggal 22 Mei yang lalu.
Bagi Jojo pula, atlet kelahiran Sarawak itu mencipta nama susulan kejayaanya menjuarai kejohanan Muay Thai antarabangsa WBC dalam penampilan sulungnya sekali gus ditawarkan kontrak bernilai US$100,000 (RM 470,100) oleh ONE Championship.
Must-Watch Video