Jangan tidur lagi
Hasnizam Uzir
Disember 30, 2015 03:47 MYT
Disember 30, 2015 03:47 MYT
Walaupun pelbagai perancangan diatur tetapi masih lagi tidak menunjukan hasilnya. Apakah perancangan yang dibuat itu benar-benar menyeluruh kajiannya atau hanya sekadar memenuhkan sahaja.
Walaupun kita tahu berjalanan Liga Malaysia terutama dalam saingan Liga Super sungguh baik dan meriah sambutannya daripada penonton tetapi ia masih tidak mampu membentuk satu pasukan yang mantap kepada pasukan kebangsaan untuk bersaing diperingkat antarabangsa.
Apa yang perlu dilakukan oleh badan induk bola sepak negara pada ketika ini, bagaimana ia ingin menyelaraskan sisitem pembangunan dan perlaksanaan yang diatur mengikut dna dan falsafah yang diwujudkan ini mampu dilakukan oleh ahli gabungannya.
Peminat mungkin tahu untuk jangka masa pendek memang agak sukar kepada badan induk bola sepak negara menyediakan sebuah pasukan yang mantap memandangkan negara kita masih lagi kekurangan bakat-bakat dalam aspek kemahiran teknikal terutamanya.
Apa yang diharapkan oleh mereka ini ada keberanian,ketegasan,ketulusan dan kreatif dalam sistem pentadbiran mereka untuk memajukan bola sepak negara.
Perubahan minda berfikir perlu dilakukan dengan drastik oleh exco-exco FAM, mereka tidak boleh dibuai mimpi dengan kerusi-kerusi empuk dan hanya ingin menjaga kroni masing-masing tetapi sebaliknya mereka perlu mengabungkan kebijaksanaan mereka unutk memimpin bagi mengangkat martabat bola sepak negara dan menjulang nama Malaysia diperingkat Asia dan dunia.
Kepada masyarakat Malaysia juga kita perlu mengambil satu langkah perubahan minda bagaimana kita dapat membantu membudayakan bola sepak ini sebagai satu sukan yang dapat membantu meningkatkan kesedaran dalam aspek penjagaan kesihatan.
Ini kerana sekiranya kita dapat bermula dirumah dengan mengambil tahu tentang pemakanan berkhasiat untuk ahli sukan sudah tentu kita akan berjaya mendidik anak-anak kita membuat persiapan dan persedian dalam memajukan diri mereka untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang baik.
Kerjasama daripada semua amat perlu dalam memajukan bola sepak negara terutama daripada ahli-ahli gabungan mereka juga perlu merubah minda dalam memikirkan satu kaedah yang mampu melahirkan pemain-pemain berbakat mengikut hala tuju yang disediakan badan induk bola sepak negara. Pada 2016 ini kita bermulalah revolusi baharu dalam perubahan minda dan sistem pentadbiran untuk menuju kejayaan.