Skip to main content

Rencana

Jalan sukar menanti Liverpool di Goodison Park

liverpool.jpg

Apabila tewas dengan jaringan yang besar ke atas Aston Villa minggu lalu sudah pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua pemain-pemain Liverpool. Sudah tentulah apabila berhadapan dengan dengan Everton sebagai pasukan pendahulu liga ketika ini di Goodison Park ia merupakan masa terbaik untuk anak-anak buah Jurgen Klopp bangkit untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga itu. Sebagai juara bertahan Liverpool tidak boleh lagi kehilangan mata yang begitu banyak sekiranya ingin mengekalkan kejuaraannya.

Mengikut rekod pertemuan di antara Liverpool dan Everton semenjak tiga musim lalu semuanya berpihak pada Liverpool tetapi pada musim ini ia sungguh berbeza sekali kerana Everton berada pada momentum terbaik mereka di bawah kendalian Carlo Ancelotti. Menduduki tangga teratas liga ketika ini sudah pasti akan melonjakkan lagi semangat anak-anak buah Ancelotti itu untuk menebus kembali kekalahan Everton sebelum-sebelum ini. Namun itu tidak bererti Everton tidak boleh ditewaskan di Goodison Park oleh Liverpool kerana kedua-dua pasukan ini mempunyai kelebihan serta kekuatan tersendiri.

Advertisement

Melalui corak permainan dan formasi yang dipamirkan oleh kedua-dua pasukan itu ia tidak ada bezanya kerana kedua-dua pasukan itu mengunakan formasi yang sama iaitu 4-3-3. Kekuatan yang ada pada kedua-dua pasukan ini begitu seimbang terutama dibahagaian hadapan. Liverpool mempunyai Mohamed Salah, Diogo Jota dan Roberto Firmino sementara Everton mempunyai Richarlison, Dominic Calvert-Lewin dan James Rodriguez. Mereka-mereka inilah yang akan menentukan siapakah yang akan menjadi pemenang pada perlawanan itu.

Tetapi itu semua di atas kertas sahaja sebaliknya semasa hari perlawanan itu adalah penentu segala-galanya. Dimana kedua-dua pasukan itu perlu menunjukan semangat juang yang tinggi selain mengikut setiap arahan yang telah di rancang pengurus mereka melalui strategi yang di susun. Namun kedua-dua pasukan itu perlu mengelak dari melakukan kesilapan-kesilapan mudah yang boleh mendorong lawan menjaringkan gol terutama pada pasukan Liverpool. Ini yang perlu ditekankan oleh Klopp dimana pemain-pemainnya perlu mengekalkan konsentrasi serta memainkan watak mereka sebagai seorang juara sekirannya ingin mengutip mata di Goodison Park.

Must Watch Video