RENCANA
Ini cerita Kerteh FC
Kerteh sebut saja terus ingat Terengganu. Kerteh juga sinonim dengan panggilan 'The City of Light' membangun hasil dari adanya 'emas hitam' iaitu petroleum yang terdapat di Laut Cina Selatan.
Namun sejak kebelakangan ini nama Kerteh mula jadi bualan selepas hadirnya beberapa individu yang dikategorikan ' Gila Bola' membentuk sebuah pasukan yang dinamakan Kerteh FC. Kelab ini dibina dalam misi membentuk sebuah kelab bola sepak profesional yang lestari serta disatukan dengan komuniti dan penyokongnya. Dalam memastikan ianya dapat direalisasi beberapa objektif utama kelab diperhalusi antaranya menjadi sebuah kelab yang stabil dari segi kewangan dan berdikari dan paling penting pembangunan pemain dengan membangunkan bakat pemain akar umbi untuk dikembangkan dimasa depan.
Kerteh FC bakal membangunkan projek Kerteh Football City yang merangkumi Stadium Utama, Gelanggang Futsal, Gelanggang Badminton, Gymnasium, Padang latihan, Football Residence dan beberapa lagi komponen yang lain.
Iklan
Wow meletop!
Setakat ini Kerteh Football City telah berjaya mendapatkan 50% pelabur dari jumlah keseluruhan dan masih berusaha untuk mencari 50% pelabur lagi yg berminat untuk menjayakan projek ini. Hasil risikan penulis projek ini bakal bermula pembinaannya pada tahun 2021.
Apa yang mengejutkan Penulis adalah apa yang sedang dan telah diusahakan pihak pengurusan Kerteh FC beri kesimpulan mudah ,Nak seribu daya tak nak seribu dalih.Di Malaysia ni JDT dah bergerak ke depan dengan terlalu pantas .Ada la satu dua pasukan yang lain tengah nak ikut apa yang JDT lakukan walaupun kadangkala tak terkejar pun.Itu satu dua pasukan,selebihnya banyak mesyuarat dari bekerja.
Suka diingatkan Kerteh bukan beraksi dalam liga perdana mahupun super ya.Jadi kepada segelintir kelab di liga malaysia timbul satu persoalan,tak nak ke ikut apa yang Kerteh buat? Ke masih dalam kajian ayat popular orang politik bola tak pun biar la apa yang Kerteh nak buat.Ada kami kisah!..
Kerteh FC juga telah berjaya diurus dengan penuh tatacara bolasepak sebenar.Kerjasama dengan sebuah kelab Divisyen 3 La Liga UE Sant Andreu sudah beri isyarat Kerteh FC mahu melangkah jauh dalam cerita bolasepak.
Jadi Buat Kerteh FC
Tahniah Penulis Ucapkan..
Ada orang Kerteh ?
Must-Watch Video