Skip to main content

Rencana

Indonesia ikut langkah Malaysia tubuh pasukan sertai Motogp 2021

mandalika.jpg
Indonesia secara rasminya memperkenalkan pasukan dari republik itu untuk ambil bahagian dalam saingan Moto2 musim depan.

Menggunakan nama Mandalika Racing Team, pasukan ini bekerjasama dengan Kementerian Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia (KEMENPORA), mahu mencari bakat-bakat baru yang berkualiti di peringkat kebangsaan dan diberi peluang beraksi di peringkat antarabangsa.

Tidak hanya itu sahaja, mereka juga mahu capai visi meningkatkan prestasi pelumba dan kru mekanikal tempatan, manakala misi mereka pula mahu melakukan pembinaan berperingkat dan punyai kesinambungan untuk ke tahap itu.

Usaha ini turut sejajar dengan kembalinya semula Indonesia ke kalendar Motogp selepas 1996, dengan memperkenalkan Litar Mandalika di Lombok, menjadi destinasi ketiga dalam rantau Asean, selepas Litat Antarabangsa Sepang dan Litar Buriram.

Walaupun pasukan ini masih merahsiakan senarai pelumbanya, dan hanya akan diumumkan pada 28 Oktober depan bersempena Hari Sumpah Pemuda republik itu, namun khabar mengatakan salah satu pelumba yang akan membarisinya adalah Ekky Dimas Pratama.

Advertisement

Must Watch Video