Impak Insentif 1 Juta Ringgit

Sharon Wee
Oktober 11, 2016 07:48 MYT
Digelar jutawan dengan insentif 1 juta ringgit! Sukan juga boleh menjadikan seseorang itu jutawan.
Pemenang emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli muncul penerima tertinggi insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) apabila masing-masing menerima insentif berjumlah RM1.05 juta yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sementara pemenang pingat emas pertama Sukan Paralimpik dalam acara 100m T36, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, yang turut mencipta rekod baharu Sukan Paralimpik, menerima insentif berjumlah RM1.02 juta.
Wira dan wirawati yang turut cemerlang di Olimpik dan Paralimpik Rio juga menerima insentif mereka.
Lebih istimewa kerana jurulatih mereka juga diraikan dengan insentif tinggi.
Insentif 1 juta ringgit untuk pingat emas Olimpik/Paralimpik, bukan sekadar wang ringgit sahaja, ia memberi impak dalam pelbagai sudut untuk masyarat Malaysia.
Antaranya:
1. Sukan sebagai kerjaya.
2. Golongan OKU boleh berjaya dalam sukan.
3. Atlit Malaysia bertaraf dunia.
4. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menepati janji memberi insentif sama rata kepada semua golongan atlet.
5. Atlet perlu bijak membuat perancangan kewangan.
6. Memberi motivasi kepada masyarakat Malaysia untuk berkecimpung dalam sukan secara kompetitif.
7. Lebih ramai akan menjadi jurulatih profesional sepenuh masa.
8. Industri sukan akan berkembang.
9. Kerajaan amat serius menjadikan sukan sebagai platform perpaduan
10. Sukan Malaysia di mata dunia.
Dan sukan kini menjadi selebriti Malaysia.
;