RENCANA

Hoki: Perlu lagi eksperimen?

Bazly Azmi 22/08/2019 | 04:10 MYT
Prestasi buruk Malaysia di Kejohanan Ujian Sukan Olimpik Tokyo di Stadium Hoki Oi mengundang persoalan.
Adakah Roelant Oltmans masih ada masa untuk menguji taktikal dan pemain menjelang play-off kelayakan Sukan Olimpik, November depan?
Apa yang berlaku dalam dua program berbeza membuatkan peminat tidak senang duduk.
Jelajah Eropah menyaksikan Malaysia menewaskan Jerman, Sepanyol dan Ireland. Seri menentang Great Britain sebelum tewas kepada juara dunia, Belgium dan naib juara dunia, Belanda.
Tetapi, Oltmans kemudian menukar enam pemain termasuk Faizal/ Fitri Saari, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil dan Muhammad Razie Abd Rahim.
Kesannya, Malaysia jadi pasukan belasahan di Tokyo dengan menghuni tangga tercorot apabila tewas semua empat perlawanan dengan bolos 16 gol.
Kekalahan besar kepada India, Jepun dan New Zealand satu tamparan dan pasti menjejaskan moral pemain menjelang playoff kelayakan Olimpik.
India juga menghantar pasukan eksperimen tetapi kualiti mereka baik.
Kurang tiga bulan menjelang misi penting itu, adakah Oltmans masih ada masa buat eksperimen?
Beliau mempunyai alasan sendiri tetapi adakah KHM patut membenarkan satu lagi pasukan eksperimen dihantar menyertai program latihan dan aksi persahabatan di Korea dan Australia, bulan depan?
Saya cadangkan Malaysia hantar pasukan terbaik. Mungkin boleh benarkan 2/3 pemain muda tetapi bukan seperti di Tokyo.
Masa kian suntuk.
;