RENCANA
Hazard ke Borussia Mongchengladbach
Selepas bergelut dengan masalah kecederaan yang sering berulang sebelum ini akhirnya Eden Hazard telah disahkan pulih dari kecederaannya.
Dari perkembangan itu ia telah memberi keyakinan kepada pengurus pasukan Real Madrid, Zinedine Zidane untuk menyenaraikan Hazard didalam skuad Real Madrid yang akan berhadapan Borussia Mongchengladbach dalam Kumpulan B saingan Liga Juara-juara Eropah. Berita ini sudah pasti akan mengembirakan peminat-peminat Hazard dan Real Madrid khususnya.
Dengan penyenaraian ini sudah tentu akan memberi peluang kepada Hazard untuk kembali memberikan aksi yang terbaik darinya sekiranya diturunkan oleh Zidane yang juga merupakan idolanya. Ini bukan satu tugas yang mudah kepada Hazard yang pernah dinobatkan dengan pelbagai kejayaan dan gelaran untuk kembali memberi aksi lincahnya sebagaimana sebelum ini. Kehadiran Hazard sudah pasti memberi banyak kelebihan dan pilihan kepada Zidane untuk mempertajamkan bahagian serangannya ketika berhadapan dengan Mongchengladbach nanti. Sebagai pemain sayap yang mempunyai kepantasan,kemahiran teknikal individu yang tinggi serta mampu melakukan penyudah yang baik itu sudah tentu akan menggerunkan pertahanan Mongchengladbach.
Iklan
Hazard perlu buktikan kehadirannya ke dalam skuad Real Madrid kali ini akan memberi impak yang besar pada Real Madrid kerana pertemuan dengan Mongchengladbach amat penting untuk mencari mata. Tewas pada perlawanan pertama di laman sendiri ketika menentang Shakhtar Donetsk itu sedikit sebanyak memberi kebimbangan kepada peminat-peminat Real Madrid tentang kedudukan pasukan kesayangan mereka itu dalam Kumpulan B. Walaupun tampak sukar untuk berada pada kesebelesan utama namun Hazard perlu bijak mengambil kesempatan atas peluang yang diberikan Zidane nanti. Dimana peminat-peminat Hazard juga merindui aksi lincahnya sebagaimana beliau pamirkan sebelum-sebelum ini.
Hazard perlu mengembalikan keyakinan idolanya itu kerana semenjak perpindahan dari Chelsea musim lalu Hazard masih lagi tidak dapat memberikan aksi yang konsisten sepanjang musim lalu akibat dari kecederaan yang dialami. Hanya 22 perlawanan yqng dapat Hazard harungi pada musim pertama beliau bersama Real Madrid dan ini sudah pasti memberi sedikit tekanan pada dirinya. Inilah masanya untuk Hazard kembali bersinar diperingkat eropah supaya dirinya terus menjadi salah seorang pemain terbaik dunia.
Must-Watch Video