Skip to main content

Advertisement

Rencana

Harga paling tinggi mesti nak duduk tangga tertinggi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kaka-pressure-is-on-pogba-after-record-transfer.jpg
Sewaktu tiba di Manchester United (MU), pengurus baru Red Devils, Jose Mourinho, menyatakan dia mahu membeli empat pemain untuk melengkapkan skuad MU.

Setelah mendapatkan pemain pertahanan Eric Bailly, pemain sayap Henrik Mkhitaryian dan penyerang berbisa Zlatan Ibrahimovic, Mourinho melengkapkan impiannya apabila berjaya mendapatkan Paul Pogba dari Juventus dengan memecah rekod pembelian minggu lalu.

Paul Pogba kembali ke Manchester United setelah meninggalkan Old Trafford pada 2012 setelah kecewa tidak dapat beraksi di barisan utama di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.

Bersama Juventus, Pogba mula menyerlah dan menempa nama di Serie A dan di pentas dunia, juga menjadi salah satu pemain tengah terbaik di dunia ketika ini. Dia juga menjadi kunci di pertengahan Perancis yang mara ke pusingan akhir Euro 2016 baru-baru ini.

Pogba dijangka membawa dinamik baru ke barisan tengah MU dengan fizikal dan teknikal kualiti yang dimiliki. Mourinho melabelkan Pogba sebagai seorang pemain yang mempunyai segala-galanya.

Kelebihan fizikal dan kualiti teknikal, termasuk tenaga dan stamina beliau menjadikan dia seorang pemain yang dominan di bahagian tengah.

Selain mendominasi bahagian tengah, beliau juga boleh menjaringkan gol dan membuat hantaran yang tepat. Pada musim terakhir di Juventus, Pogba menjaringkan 8 gol dan 12 assist untuk membantu Juventus memenangi liga.

Pogba juga dibandingkan dengan dua lagenda United, Paul Scholes dan Roy Keane, dengan kelebihan menjaringkan gol dari luar kotak penalti, dan juga keupayaan beliau untuk bertahan dengan baik.

Statistik juga membuktikan Pogba sememangnya mempunyai rekod lebih baik dari pemain tengah Man Utd sebelum ini. Ander Herrera sahaja yang rekodnya hampir menyamai Pogba, dengan tiga gold dan 2 assist.

Amat menarik untuk menyaksikan di mana Pogba akan bermain bersama United. Dia boleh bermain di posisi ‘holding midfielder’ atau lebih fokus kepada menyerang. 

Dia dikatakan akan bergandingan bersama Michael Carrick dan Morgan Schneiderlin di mana Pogba akan diberi lebih kebebasan untuk menyertai barisan serangan bersama Mkhitrayan, Wayne Rooney dan Zlatan Ibrahimovic.

Walaubagaimanapun, tag harga yang begitu mahal pasti akan memberi sedikit tekanan kepada Pogba, namun dibawah kendalian Mourinho, Pogba dijangkakan akan bersinar di Manchester United. 

Advertisement

Must Watch Video