Tatkala tumpuan sukan permotoran kini tertumpu kepada Hafizh Syahrin Abdullah bersama pasukan Yamaha Tech3, izinkan saya mengemukakan satu lagi sisi sukan permotoran yang boleh dibanggakan kepada rakyat Malaysia, cuma kali ini persaingan dalam kalangan rantau Asia.
Banyak modal yang boleh diperkatakan untuk Kejuaraan Motorsikal Asia 2018, namun fokus saya tertumpu kepada kelas perdana, Supersport 600c. Daripada 21 pelumba yang mengesahkan penyertaan, lapan daripadanya adalah dari Malaysia.
Antara nama nama yang kembali menghiasi kancah permotoran negara, terdiri daripada bekas pelumba Moto2, Ramdan Rosli yang mewakili pasukan Hong Leong Yamaha Malaysia disamping Kasma Daniel Kasmayuddin.
Begitu juga Amirul Hafiq Azmi yang sebelum ini dilihat antara prospek mewakili negara di Moto3, sepi selama tiga tahun kerana krisis kecederaan, tuahnya berubah apabila diikat TKKR Racing, pasukan kecil berjiwa besar untuk bergandingan dengan Mohd Muzakkir Mohammed yang sebelum ini lebih selesa dalam kelas Asia Production 250 cc dan Underbone 150 cc.
Sebuah lagi pasukan baru, SIC Junior ZK (ZK merujuk Zulfahmi Khairrudin), mempertaruhkan Mohammed Ibrahim Norrodin, adik kepada pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin.
Sementara itu pelumba muda, Azroy Hakeem Annuar, yang pernah wakili negara dalam Asia Talent Cup pada 2016 bertuah apabila bakal sepasukan dengan Juara 2015, Zaqhwan Zaidi, dan Tomoyoshi Koyama, pelumba Jepun yang mempunyai pengalaman 15 tahun beraksi dalam Kejohanan Motorsikal Dunia.
Tidak dilupakan juga, penyandang juara, Azlan Shah Kamaruzaman, yang dilihat masih lagi antara pencabar terkuat bagi saingan Supersport 600cc.