Jika sebelum ini kita dapat melihat era kegemilangan beberapa jurulatih seperti Jose Mourinho dan Pep Guardiola mengecapi nikmat menjuarai saingan liga dan Liga Juara-Juara Eropah bersama pasukan yang dikendali, kini tiba masa buat Zinedine Zidane merasai kemanisan yang sama.
Baru mula menjadi ketua jurulatih Real Madrid pada 2016 lalu, Zidane telah pun membawa anak-anak buahnya menjadi juara Liga Juara-Juara Eropah dan kini berpeluang mengulangi kejayaan sama dua kali berturut-turut apabila bertemu Juventus di pentas final.
Bukan itu sahaja, Los Blancos juga berpeluang cerah untuk muncul juara LaLiga kerana hanya memerlukan satu mata sahaja untuk ditabalkan pemenang mengetepikan cabaran Barcelona dan Atletico Madrid.
Jika diperhatikan, bukan mudah untuk Zizou membuat keputusan menjadi ketua jurulatih kerana boleh dikatakan agak lama beliau menimba ilmu sebelum benar-benar menjadi ketua jurulatih.
Zizou pernah berguru dan bekerjasama dengan beberapa jurulatih ternama antaranya Manuel Pellegrini, Carlo Ancelotti dan juga Rafael Benitez.
Kepercayaan yang diberikan presiden kelab, Florentino Perez, nampaknya berjaya dibalas dengan jayanya dan penulis percaya jika konsistensi ini mampu dikekalkan, jodoh Zizou bersama Real Madrid mungkin akan kekal untuk satu tempoh masa yang panjang.
Dengan saingan musim ini semakin hampir ke penghujungnya, penulis merasakan ianya akan menjadi musim terbaik buat Zizou jika skuad kendaliannya mampu muncul juara LaLiga mengetepikan Barcelona di tangga kedua.
Juga akan bertambah manis jika mereka mampu menidakkan Juventus pada aksi final Liga Juara-Juara Eropah di Cardiff nanti.