Skip to main content

Rencana

Giliran Kaka gantung but

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kaka.jpg
Seorang demi seorang pemain bintang era 2000-an mengundurkan diri dari arena bola sepak selaku pemain. Jika sebelum ini David Beckham, Andrea Pirlo, Steven Gerrard, Frank Lampard dan kini seorang lagi pemain tengah berwibawa yang berasal dari Brazil, Kaka, pula mengumumkan persaraannya secara rasmi sebagai seorang pemain.

Memenangi Piala Dunia pada 2002, nama Kaka cukup sinonim terutama buat peminat di San Siro, dimana beliau mencipta nama dan melalui zaman kegemilangan bersama AC Milan. Bersama AC Milan, beliau banyak memenangi anugerah bersama kelab selain diiktiraf selaku pemenang ballon d’or pada 2007.

Kaka yang dianggap sebagai salah seorang pemain tengah terbaik dunia suatu masa dahulu kemudian berhijrah ke Real Madrid pada 2009, namun tuahnya tidak begitu menyinar bersama Los Blancos.

Dayang secara jujurnya masih lagi kecil sewaktu zaman kegemilangan Kaka, namun antara detik-detik yang Dayang ingat mengenai Kaka adalah kelincahannnya sewaktu berlari sambil membawa bola, selain cara klasiknya meraikan jaringan gol yang menjadi ikutan ramai.

Selain dari itu, Dayang merasakan biarpun Kaka berasal dari Brazil, namun rupa parasnya amat berbeza jika dibandingkan dengan pemain Brazil lain, dan itu yang menyerlahkan lagi kelibatnya di atas padang apabila beraksi buat pasukan kebangsaan.

Bercakap kepada pihak media antarabangsa, Kaka membayangkan bahawa beliau akan terus melibatkan diri dalam bola sepak tetapi lebih kepada kedudukan atau situasi pengurusan sesebuah kelab. Ini sekaligus mengaitkannya dengan pihak pengurusan AC Milan memandangkan beliau mempunyai hubungan baik dengan mereka.

Dayang berharap agar Kaka akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang akan diceburi kelak, dan Dayang percaya peminat pasti akan merindui aksi Kaka di atas padang memakai jersi jalur hitam merah dengan jersi bernombor 22.

Advertisement

Must Watch Video