Skip to main content

Rencana

Gadai motor, dibuang kerja demi Harimau Malaya!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tiket-piala-aff.jpg
Kegamatan Stadium Nasional, Bukit Jalil sekali lagi akan menjadi fenomena, malah pasti lebih luar biasa menjelang saingan akhir Piala AFF bagi edisi 2018.

Lihat sahaja apa yang berlaku ke atas 40,000 keping tiket final yang dijual secara atas talian yang dibuka pada Jumaat dan Sabtu. Semuanya licin terjual!

Menjelang penjualan tiket fizikal yang dibuka di lokasi terpilih mula terasa bahangnya menjelang penjualan yang berlangsung jam 10 pagi pada hari ini. 

Elemen kejutan bagaimanapun sudah bermula seawal jam 9 malam Sabtu apabila dianggarkan lebih 5,000 penyokong sudah mula beratur di kaunter tiket pintu A dan E bagi tujuan pembelian tiket dan sanggup bermalam dan beratur 13 jam lebih awal dari waktu kaunter tiket dibuka.

Ada yang menyifatkan situasi ini sebagai kegilaan, tapi pada penulis ia lebih kepada pengorbanan penyokong bola sepak negara semata-mata mahu menjadi saksi kejayaan Harimau Malaya di pentas akhir Piala AFF pada kali ini.

Itu baru melewati usaha mereka untuk mendapatkan tiket, ada cerita lain yang lebih tidak masuk akal namun demi bola sepak negara, hal itu seakan perkara biasa bagi mereka.

Jangan terkejut jika ada yang sanggup menjual motosikal semata-mata ingin mendapatkan wang perbelanjaan selain menampung tiket penerbangan bagi aksi final kedua di Stadium My Dinh di Hanoi, Vietnam, pada 15 November nanti.

“Rasa bangga melihat skuad negara beraksi di pentas final melebihi segala galanya. Saya tak kisah jika terpaksa bergadai demi Harimau Malaya".

“Setakat ini duit masih belum cukup, jika kekal begini, mungkin saya akan jual motosikal demi misi ke Hanoi".

Advertisement

Must Watch Video