Skip to main content

Rencana

Farah Ayuni Yahya ‘Ninja’ masih berbisa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

farah-ayuni.jpg
Walaupun sebelum ini pernah mengumumkan persaraannya buat seketika pada tahun 2021, nama Farah Ayuni yang diberi gelaran ‘Ninja’ di posisi penjaga gol kembali aktif dalam sukan yang dicintainya, hoki tetapi bukan sahaja di padang malah kini juga menceburi hoki dalam dewan.

Dalam tahun 2025, beliau bersama pasukan PDRM Blue Warriors telah merangkul tiga kejuaraan setakat ini iaitu dalam Piala Sumbangsih, Juara Liga Kebangsaan- TNB Liga Hoki Malaysia 2025, dan Piala Vivian May Sour sekaligus membuktikan yang dia masih mampu untuk bersaing dan membantu pasukan menjadi juara.
 

Mengenali Ayuni dengan lebih rapat, atlit berusia 36 tahun ini sentiasa komited dalam memberi kan prestasi terbaik dalam setiap kejohanan yang disertainya tidak kira untuk kelab PDRM mahupun bersama pasukan kebangsaan dan aura yang dibawanya sebagai Penjaga Gol Terbaik Asia sebanyak 4 kali (2 kali hoki padang dan 2 kali hoki dalam dewan) nyata memberi impak yang sangat besar buat pasukan.

Sepanjang liga berlangsung, kekebalannya di bahagian penjaga gol sangat lah terbukti apabila hanya 1 kali sahaja dibolosi pihak lawan setanding dengan gelaran ninja yang diberikan itu kerana hampir kesemua bola yang ingin melepasinya mampu ditepis.
 

Bakat luar biasa Ayuni sebagai penjaga gol yang berkaliber ini juga pernah ditagih pasukan East Grinstead HC dari England apabila dia melakar sejarah beraksi bersama pasukan tersebut dalam saingan Liga Hoki England pada tahun 2018 dan 2019.

Ketika ini, Ayuni bersama pasukan PDRM sedang beraksi buat pertama kali dalam kejohanan TNB Malaysia Indoor Hockey League 2025 yang berlangsung sehingga 27 April di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan sudah pun menempah slot ke peringkat separuh akhir dengan misi cipta sejarah merampas gelaran juara dari DBKL HT yang sudah 3 kali menjadi juara berturut turut dalam kejohanan sebelum ini.
 

Advertisement

Must Watch Video