Skip to main content

Rencana

Faiz Nasir bukti saiz bukan ukuran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faiznasir.jpg
Saingan Piala Airmarine lalu menjadi pentas pemain tengah bertubuh kecil Selangor, Faiz Nasir membuktikan dia mampu menyinar di pentas antarabangsa.

Penulis akui, pemain kelahiran Kelantan ini berjaya membuktikan ramai pemerhati silap mengenai kemampuannya untuk cemerlang bersama skuad kebangsaan.

Malah, penulis akui penulis sendiri turut sangsi sama ada bekas pemain Terengganu FC itu berupaya cemerlang bersama Harimau Malaya.

Namun, penulis akui Faiz pemain paling cemerlang negara ketika menewaskan Afghanistan 2-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala Airmarine Sabtu lalu.

Penulis kagum, dengan kemampuan Faiz untuk segera adaptasi dengan saingan peringkat antarabangsa dan lebih menarik turut meraih gol dalam penampilan pertama dengan skuad kebangsaan.

Pada pengamatan penulis, Faiz bijak menjana kreativiti di bahagian tengah dan juga cukup bijak apabila cepat melepaskan bola kepada rakan sepasukan, kerana menyedari lawan mempunyai fizikal yang jauh lebih besar.

Penulis berharap, Faiz akan meneruskan aksi cemerlangnya selepas ini bersama Selangor dalam saingan Liga Super.

Aksi yang dipamerkan bersama skuad negara, perlu diteruskan Faiz selepas ini jika dia mahu membawa permainannya ke aras yang lebih tinggi.

Penulis sebenarnye terfikir, apakah jika Tan Cheng Hoe menurunkan Faiz ketika berdepan Singapura dalam aksi pertama mungkin barisan negara menamatkan saingan di kedudukan lebih baik.

Apa pun, Faiz membuktikan dia seorang pemain yang setaraf pemain kebangsaan lain dan wajar terus diberi peluang dinperingkat antarabangsa selepas ini.

Advertisement

Must Watch Video