RENCANA
F1 & Moto GP Curi Tumpuan
Cuma beberapa mata menbezakan Rossi dan Lorenzo tetapi insiden melibatkan Rossi dan Marquez mencuri tumpuan kerana kenyataan media Rossi sebelum perlumbaan di Malaysia menyatakan bahawa Marquez lebih puas melihat Lorenzo muncul juara keseluruhan berbanding Rossi membuatkan beliau rasa tidak puas hati sekaligus memperlihatkan insiden Rossi dan Marquez bertembung di Sepang.
Pengalaman Rossi sebagai juara dunia beberapa kali dan pelumba yang lebih senior seharusnya melihat beliau bertindak lebih matang dan tidak membiarkan emosi menganggu fokus beliau terhadap tugas yang harus dilaksanakan.
Namun, ada kalanya manusia tetap manusia yang mempunyai hati,perasaan,emosi dan reaksi seperti itu dari Rossi kali ini mungkin tidak dapat dielakkan. Beliau sudah mencapai tahap 'lagenda' dalam sukan permotoran ini dan masih bersaing hebat walaupun usia semakin lanjut.
Iklan
Musim ini tidak dinafikan antara musim yang paling menakjubkan dari segi persaingan untuk juara keseluruhan berbanding musim musim lalu di mana juaranya mendominasi sepanjang musim dan muncul juara. Kali ini Rossi,Lorenzo dan Marquez bertiga bersaing cukup hebat untuk gelaran Juara Moto GP Musim 2015.
Pertembungan di Valencia nanti pasti menarik perhatian peminat sukan permotoran seluruh dunia demi menentukan juara keseluruhan dan melihat apa yang Rossi mampu lakukandari petak terakhir perlumbaan tersebut untuk mencabar Lorenzo khususnya demi kejuaraan Moto GP musim 2015.
Beralih ke F1, selepas kejayaan Lewis Hamilton pada musim 2014 skrip yang sama berulang musim 2015 ini apabila Lewis Hamilton tidak dicabar hebat untuk muncul juara keseluruhan buat kali ketiga dalam kariernya walaupun Nico Rosberg dikatakan mampu memberi saingan lebih namun 2 musim sudahpun berlalu dan Rosberg masih tercari cari rentak. Ferrari dan Vettel melakukan yang terdaya namun jentera yang kurang kompetitif tidak membolehkan Vettel membuktikan kemampuan sebenar sepertimana beliau lakukan ketika bersama Red Bull Racing beberapa musim lalu ketika muncul berganda.
Masa depan Kimi Raikonnen bersama Ferrari juga masih tanda tanya ramai pihak samada kontraknya akan disambung ataupun sebaliknya. Lebih menarik lagi reaksi Hamilton ketika ditanya pihak media bagaimana akan beliau raikan kejayaan musim ini, beliau memberikan jawapan yang tidak dijangka sama sekali.
Hamilton ingin menyaksikan konsert Sir Elton John dan meraikannya bersama beliau. Biar benar! Tontoni saluran Astro untuk mengikuti perkembangan Moto GP serta baki perlumbaan F1 2015.
Must-Watch Video