Siapa yang menyangka, pasukan yang kurang diberikan perhatian, Everton kini mengungguli kedudukan pertama di persada Liga Perdana Inggeris.
Pasukan bimbingan Carlo Ancelotti memang tidak dinafikan mempunyai pemain yang "sangat sedap" di setiap posisi. Ancelotti membuktikan beliau sememangnya mampu menghasilkan keputusan positif bersama pasukan kurang ternama biarpun sebelum ini kerap membimbing pasukan besar seperti Real Madrid dan Bayern Munich.
Lihat barisan pertahanan mereka bermula dengan penjaga gol yang juga merupakan penjaga gol nombor satu England, Jordan Pickford. Dalam pertemuan berdepan Liverpool, jika bukan kerana beliau, gawang The Toffees mungkin sudah dibolosi lebih dari dua gol, lebih-lebih lagi apabila Pickford melakukan tindakan tepat menafikan tandukan Joel Matip pada minit ke 77.
Gandingan pertahanan Coleman-Mina-Keane-Digne juga menyaksikan Everton biarpun sudah dibolosi tujuh kali dalam lima perlawanan, namun barisan pemain pertahanan mereka juga sentiasa berjaya menyumbang kepada jaringan gol Everton. Keane sendiri sudah menjaringkan dua gol, Mina satu gol, Coleman dan Digne pula sudah beberapa kali melakukan bantuan gol kepada pemain di bahagian serangan.
Bekas pemain Napoli, Allan yang baru menyertai The Toffees dilihat cukup tenang selaku pemain tengah bergandingan dengan pemain yang pernah mengalami patah buku lali, Andre Gomes dan Abdoulaye Doucoure. Gandingan tiga arkitek tengah yang sering melakukan hantaran-hantaran bijak telah memudahkan pergerakan pemain serangan seperti Richarlison, Dominic Calvert Lewin dan James Rodriguez.
Di bahagian serangan, pemain yang sering menjadi pilihan Ancelotti sama ada di Real Madrid ataupun Bayern Munich, James Rodriguez membuktikan kemampuannya beraksi di Liga Perdana Inggeris dalam hanya lima perlawanan. Kehadirannya ternyata menghidupkan jentera serangan Everton dengan tiga gol dan tiga bantuan gol setakat ini. Pemain antarabangsa Columbia itu turut memudahkan tugas dua lagi ayam tambatan Everton, Richarlison dan Calvert Lewin.
Prestasi cemerlang Richarlison dan Calvert Lewin bersama Everton menyaksikan kedua-dua pemain berjaya 'lekat' dengan skuad kebangsaan masing-masing. Tujuh gol dalam lima perlawanan dan dipilih sebagai pemain terbaik September 2020 di Liga Perdana Inggeris buat Clavert Lewin, kelibat beliau memang harus diberikan perhatian oleh setiap pertahanan pihak lawan.
Dengan senarai pemain 'sedap' yang dimiliki, tidak hairan Everton masih belum tewas selepas lima perlawanan, dengan mengutip 13 mata secara keseluruhan. Oh ya, Carlo Ancelotti turut dinobatkan jurulatih terbaik bagi Liga Perdana Inggeris bagi bulan September 2020.