Austria lawan Perancis pasti jadi momen yang diingati peminat apabila seawal aksi pertama ini, ada kemungkinan pemain bintang, Kylian Mbappe terpaksa melupakan keseluruhan kempen EURO 2024 apabila alami kecederaan patah hidung hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Insiden itu berlaku di penghujung perlawanan melibatkan pemain ini dengan pertahanan Austria, Kevin Danso.

Namun di sebalik tumpuan kepada Mbappe, ada seorang lagi pemain yang turut curi tumpuan iaitu Ngolo Kante sehingga dirinya diangkat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.



Bukan peminat saja yang mengakui betapa bagusnya Kante dalam perlawanan ini, malah bekas bintang Manchester United, Gary Neville serta Roy Keane serta pakar bola sepak, Ian Wright.

“Kante bukan pemain tengah yang berada di tempatnya sahaja, tetapi kita boleh lihat dia berlari diseluruh padang dengan Rabiot kekal ditempatnya untuk mengawal situasi.

"Saya akui dia memang cemerlang pada perlawanan ini, ia prestasi yang hebat dan pemain terbaik di atas padang.

"Beberapa tahun lalu dia kelihatan sudah berada diakhir karier, tetapi dia telah mengulanginya pada hari ini”, kata Neville.

Kante merupakan antara salah seorang daripada 6 pemain yang bermain penuh 90 minit pada aksi bertemu Austria.

Selepas ini, lawan Perancis ialah Belanda yang sebelum ini menewaskan Poland 2-1.

Juga StadiumAstro imbas Kembali Senarai Pemain Terbaik Perlawanan:

14/06: Germany 5-1 Scotland – Jamal Musiala
15/06: Hungary 1-3 Switzerland – Granit Xhaka
15/06: Spain 3-0 Croatia – Fabián Ruiz
15/06: Italy 2-1 Albania – Federico Chiesa
16/06: Poland 1-2 Netherlands – Cody Gakpo
16/06: Slovenia 1-1 Denmark – Christian Eriksen
16/06: Serbia 0-1 England – Jude Bellingham
17/06: Romania 3-0 Ukraine – Nicolae Stanciu
17/06: Belgium 0-1 Slovakia – Stanislav Lobotka
17/06: Austria 0-1 France – N'Golo Kanté