Skuad The Three Lions berjaya menumbangkan pasukan nombor satu dunia, Belgium dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan Liga Negara-Negara UEFA bagi Kumpulan 2 Liga A.
Berbekalkan reputasi selaku pasukan nombor satu dunia dan rekod kemenangan 12 perlawanan berturut-turut, tiada siapa menyangka anak-anak buah Roberto Martinez akan tumbang berdepan England.
Walaubagaimanapun, sebelum sepak mula, melihat senarai pemain yang diturunkan pasukan Belgium tanpa penjaga gol utama Thibaut Courtois dan hanya pemain utama seperti Kevin De Bruyne, Romero Lukaku dan Axel Witsel dalam kesebelasan utama, penulis sudah menjangkakan Belgium akan berdepan kesukaran berdepan England.
Bagi pasukan England, ramai pihak pada awalnya mengkritik senarai kesebelasan utama pemain yang diturunkan Gareth Southgate memandangkan lima pemain pertahanan diturunkan iaitu Kyle Walker, Alexander Arnold, Harry Maguire, Eric Dier dan Kieran Trippier yang menyaksikan sesetengah akaun sukan memerli England akan bermain berat ke sebelah kanan kerana menurunkan beberapa pemain yang beraksi di posisi sama.
Belgium bermula langkah kanan apabila Lukaku berjaya menyudahkan sepakan penalti menewaskan Jordan Pickford, sebelum Marcus Rashford menyamakan kedudukan juga menerusi sepakan penalti sebelum tamat babak pertama. Pemain muda Chelsea, Mason Mount muncul wira tuan rumah dengan gol kemenangan pada minit ke 65.
Ini merupakan kemenangan pertama England ke atas Belgium dalam tiga pertemuan terakhir mereka. Dua perlawanan terakhir kedua-dua pasukan ini adalah pada Piala Dunia 2018 dimana England tumbang dua kali di peringkat kumpulan dan penentuan tiga dan empat.
Kejayaan menumbangkan Belgium membuktikan bahawa England adalah antara pasukan yang harus diberikan perhatian untuk kejohanan Euro dan Piala Dunia yang akan datang. Biarpun sebelum ini dipalit kontroversi dua pemain muda Mason Greenwood dan Phil Foden yang melanggar peraturan pasukan di Iceland, namun biarpun tanpa kelibat mereka dan beberapa tonggak utama lain yang cedera, The Three Lions masih mampu tampil cemerlang dan tidak hairan andai Gareth Southgate memuji aksi anak0anak buahnya di Stadium Wembley.
Kemenangan ini sekaligus meletakkan England memimpin Kumpulan 2 Liga A dengan tujuh mata, satu mata mengatasi Belgium di tangga kedua dengan enam mata. Dua lagi pasukan adalah Demark dan Iceland, di mana pada pertemuan semalam, Denmark berjaya menewaskan Iceland 3-0.