Welson Sim menunjukkan kehebatannya sebagai perenang terbaik 400 meter gaya bebas Asia Tenggara.
Olimpian berusia 20 tahun ini bukan sahaja mempertahankan pingat emasnya malah dia memecah rekod Sukan SEAnya sendiri dengan catatan 3 minit 50.26 saat di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil.
Tidak mahu kesemua 38 pingat emas yang ditawarkan dalam sukan akuatik dimonopoli oleh Singapura, atlet kelahiran Kuching, Sarawak mempersembahkan renangan yang cukup konsisten dan meninggalkan perenang lain agak jauh termasuk pemenang pingat perak Aflah Fadlan Prawira dari Indonesia yang mencatat 3 minit 54.15 saat manakala Nguyen Huu Kim Son berpuas hati dengan pingat gangsa.
Antara perenang negara yang juga pemenang pingat emas edisi lalu ialah Wong Fu Kang dan Phee Jinq En.
Apapun tumpuan para peminat sukan renang sudah pasti ke arah satu-satunya pemenang pingat emas sukan renang dari negara Asia Tenggara di Olimpik iaitu Joseph Schooling.
Berstatus selebriti, Schooling merangkul 9 pingat emas di laman sendiri 2 tahun lalu.
Baru-baru ini komen perenang 22 tahun yang menuntut di University of Texas seolah-olah ingin menyekolahkan perenang Malaysia di kolam renang menafikan niatnya untuk memperkecilkan perenang negara.
Ingin melihat pasukannya memonopoli sukan renang sekali lagi, Schooling yang pernah berlatih dan mengambil bahagian dalam kejohanan renang di Malaysia dalam zaman remajanya bertekad menggondol pingat emas dalam kesemua 6 acara yang dia bertanding di Kuala Lumpur.