Skip to main content

Rencana

Diari Sharon Wee (KL2017) – “Saya nak jadi macam Jin Wei”

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

29817jinwei_1.jpg
Anis berusia 6 tahun menyaksikan Goh Jin Wei pemain 17 tahun dikalungkan pingat emas acara badminton perseorangan wanita Sukan SEA 2017.

Adik kecil molek ini bersama keluarga meluangkan masa sempena cuti sekolah menyokong atlet negara di beberapa lokasi pertandingan.

Apabila ditanya Anis suka bermain badminton dan ingin mewakili negara satu hari nanti. 

Sukan SEA ke 29 bukan sahaja temasya sukan tetapi telah memberi impak besar kepada pembangunan sukan, ekonomi, reputasi, kekuatan rakyat berbilang negara mahupun memberi inspirasi kepada semua terutama sekali golongan muda. 

Atlet dijadikan model kejayaan.

Selain adik Anis ramai lagi kanak-kanak menyaksikan sendiri semangat, komitmen, displin dan kemenangan atau kekalahan para atlet. 

Melihat atlet meraikan kemenangan dan bangkit daripada kekalahan akan memberi pengajaran yang tidak dapat diberi dalam buku teks. 

Antara atlet negara pada usia muda sudahpun mengecapi pingat emas temasya terbesar Asia Tenggara ini ialah atlet termuda 9 tahun dalam kontinjen negara Adam Yoong (Luncur air), S.Sivasangari (Skuasy) dan Gabriel Gilbert Daim dan Jellson Jabillin (Terjun). 

Apa yang pasti kejayaan atlet muda menjanjikan masa depan sukan negara yang cerah.

Pada masa yang sama mereka akan terus memberi inspirasi kepada kanak-kanak Malaysia untuk bersukan. 
 

Advertisement

Must Watch Video