Skip to main content

Rencana

Diari Sharon Wee (KL2017) – ‘It takes a nation to raise a champion’

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sharon-wee.jpg
Upacara kemuncak Sukan SEA ke 29 iaitu upacara pembukaan akan berlangsung pada 19 Ogos 2017, 8.30 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Di jangka lebih daripada 80,000 penonton dan peminat sukan tanahair akan membanjiri stadium serta jutaan  rakyat Malaysia menyaksikan upacara ini secara langsung di  Astro Arena.

Malaysia negara unik yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum, agama dan bahasa sekali lagi bangkit bersama membuka mata dunia dalam menjayakan penganjuran temasya dwi tahunan ASEAN ini setelah menunggu 16 tahun. 

‘It takes a nation to raise a champion’ menunjukkan para atlet negara tidak keseorangan dalam perjuangan mereka untuk mencapai kejayaan. 

Ibu bapa dan keluarga menjadi pendorong, dan bersama-sama mengharungi penat lelah atlet itu untuk menjadi juara. 

Jurulatih yang tidak pernah melihat perbezaan rupa dan fizikal dan berkongsi ilmu serta membimbing anak-anak didiknya sepenuh hati.

Jiran yang turut mendoakan kejayaan atlet dengan menyediakan makanan kegemaran dan berkhasiat sebelum pertandingan. 

Tidak kira betapa peritnya cabaran yang dilalui atlet negara yang terpaksa berjauhan dengan keluarga dan rakan-rakan tersayang, pada masa yang sama ada ketika mengalami kecederaan, setiap tangan daripada 31 juta rakyat Malaysia diletakkan di atas bahu setiap atlet negara sebagai tanda sokongan.

Apabila obor dinyalakan pada malam ini pada bulan kemerdekaan, secara rasminya bermulalah perjuangan atlet untuk mencapai sasaran 111 pingat emas dengan misi menjadi Juara Keseluruhan Sukan SEA buat kali kedua selepas tahun 2001 di Kuala Lumpur. 

Ayuh Malaysiaku! Marilah kita bersama-sama menyokong kontinjen negara. 

Selamat maju jaya!


 

Advertisement

Must Watch Video