Emas pertama kontinjen Malaysia dibutirkan oleh pasukan sepak takraw chinlone dalam acara chinlone linking pada 16 Ogos 2017.
Seluruh Malaysia meraikan berita baik ini.
Sudah pasti 16 tahun lalu di Sukan SEA 2001 Kuala Lumpur, kegembiraan yang sama dirasai oleh pemenang pingat emas pertama negara iaitu pasukan artistik lelaki keseluruhan.
Rakan setugas Astro Arena, Suzana Basri berpeluang menyaksikan saat penting kemenangan pasukan chinlone negara di Stadium Tertutup Titiwangsa dan telah memberi lintas langsung yang terperinci juga menyaksikan ini kali pertama pasukan chinlone negara meraih emas di temasya dwi tahunan ini.
Tahniah kepada pemenang pingat emas pertama negara iaitu pasukan chinlone acara linking yang terdiri daripada Muhammad Faiz Bin Roslan, Mohammad Kamal Aizat Bin Azmi, Ab Muhaimi Bin Che Bongsu, Putera Aidil Israfi Bin Kamaruzaman, Muhamad Asyraaf Bin Abd Hadi, Izuan Afendi Bin Azlan, Mohd Nazuha Bin Mohd Nadzli dan Iskandar Zulkarnain Bin Salim.
Emas ini bukan sahaja permulaan positif bagi mencapai sasaran 111 pingat emas tetapi pembakar semangat kepada kontinjen Malaysia bahawa kita boleh menjadi juara keseluruhan buat kali ke 2 dan lebih manis di bumi sendiri sekali lagi.