Skip to main content

Rencana

Diari Sharon Wee (KL2017) – 111 emas menghampiri ‘Kita Juara’

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azizul.jpg
Azizulhasni Awang mencatat emas ke 111 Malaysia di final pecut individu lelaki di Velodrom Nasional Nilai semalam. 

Juara dunia keirin yang juga digelar The Pocket Rocketman ditemuramah oleh rakan setugas, Rizal Hashim dan untuk meraikan kejayaan bermakna itu, kedua-dua mereka disiram air oleh skuad berbasikal ketika siaran langsung. 

Detik melucukan namun istimewa buat Azizul, Rizal dan Astro Arena. 

31 juta rakyat Malaysia menunggu angka keramat itu kerana 111 pingat emas merupakan sasaran yang ditetapkan Kementerian Belia dan Sukan.

Pada masa yang sama, 16 tahun lalu sebagai tuan rumah Sukan SEA 2001, Malaysia menjadi juara keseluruhan dengan 111 pingat emas, 75 perak dan 85 gangsa. 

Bagi peminat sukan negara, Azizul salah seorang pembawa bendera Malaysia ketika upacara pembukaan bersama Al Jufferi Jamari (sukan silat) dan Cheong Jun Hoong (sukan terjun), walaupun secara kebetulan menghadiahkan pingat emas ke 111 Malaysia, dia berhak dijulang. 

10 tahun menunggu untuk mencapai pingat emas Sukan SEA sekali lagi, kejayaan Azizul sudah pasti memberi semangat kepada kontinjen negara yang masih beraksi untuk menuju ke arah ‘Kita Juara’
 

Advertisement

Must Watch Video