RENCANA
Dia wanita yang paling saya sayang - Schooling
Tiada apa yang lebih gembira, melainkan cipta kejayaan pertama di negara yang cukup istimewa di hati jaguh dunia, Joseph Schooling yang menjadi kebanggaan rakyat Singapura.
Kenapa Malaysia di anggap istimewa? Ini adalah tempah kelahiran insan yang paling dicintai Schooling, selain dari dia sendiri miliki darah campuran Malaysia.
Sudah pasti emas pertama Sukan Sea di Malaysia cukup bermakna kepada jaguh dunia ini , dan lebih manis, kejayaannya turut disaksikan insan istimewa yang dimaksudkan iaitu ibunya sendiri. May Schooling yang hadir ke Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil.
Malaysia bukan negara asing buat Schooling di mana ibunya berasal dari Ipoh Perak.
'Ini cukup mengujakan, dia adalah insan yang paling saya sayang di dunia ini, dan kejayaan di negara kelahirannya juga cukup bermakna buat saya.'
' Apa sahaja berkenaan ibu, saya akan menyayanginya seperti mana saya menyayangi ibu.' Itu reaksi Schooling ketika diminta mengulas kejayaan pertamanya sumbang emas buat Singapura bagi acara 50 meter kuak kupu-kupu lelaki pada Isnin.
Malaysia menjadi negara luar pertama Schooling mengumpul pingat Sukan Sea, malah aksinya selepas acara pertama pada Isnin turut mengundang minat keseluruhan media yang tidak melepaskan peluang untuk menemuramah atlit hebat yang berjaya menewaskan jaguh dunia Micheal Phelps di Sukan Olimpik Rio 2016.