Skip to main content

Rencana

Dia main Sibutramine

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

290916-a.jpg
Zaman serba canggih, atlit juga makin bijak untuk meningkatkan prestasi sendiri.

Ini bukan soal mengadakan latihan tambahan sendirian pada waktu malam seperti dalam filem 'Ola Bola', tetapi cara singkat untuk capai sasaran.

Saya bercakap mengenai bahan terlarang jenis sibutramine yang diharamkan di pasaran tempatan tetapi dijual secara meluas secara online.

Apa yang mengejutkan, produk ini tidak menjelaskan secara terperinci kandungan bahan buatan walaupun realitinya, ia mengandungi bahan terlarang.

"Ini sangat bahaya. Atlit mungkin hanya membaca kandungan bahan-bahan dan mendapati ia selamat digunakan. Sedangkan apabila sampel air kencing atlit diuji, ternyata ia positif sibutramine.

"Apabila dikesan positif, atlit tidak akan mengaku mengambil bahan terlarang kerana mereka fikir pemakanan mereka terkawal. Tetapi dalam hal ini, mereka tidak sedar bahawa makanan yang masuk ke dalam tubuh mereka mengandungi bahan positif doping.

"Kes seperti ini selalu terjadi. Jadi, mereka perlu berhati-hati dan kami nasihatkan hanya ambil pil makanan tambahan atau ubat-ubatan daripada ISN (Institut Sukan Negara)," kata seorang pegawai Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas).

Itu realiti kehidupan zaman Facebook, Twitter, Instagram.

Sesiapapun boleh jadi penjual asalkan mempunyai modal kecil dan telefon pintar.

Kadang-kala mereka sendiri tidak tahu apakah kandungan bahan produk mereka, janji terjual macam pisang goreng panas - itu lebih penting.

Saya sendiri terkejut apabila pegawai Adamas melambakkan produk yang mengandungi bahan terlarang, rata-ratanya mudah didapati di laman Facebook!

Dulu, atlit terdedah dengan steroid walaupun ia agar sukar diperolehi.

Namun kini atlit lebih terdedah dengan bahan terlarang zaman moden, sibutramine yang 'dilanggan secara tidak sengaja' oleh atlit, pelajar sekolah, pekerja awam/ swasta, bakal pengantin atau mereka yang berdepan masalah berat badan.

Sebelum saya terlupa, sibutramine boleh menurunkan berat badan dalam tempoh seminggu tetapi kesannya, kerosakan buah pinggang, serangan jantung, stroke, organ dalaman lain dan kesan negatif kepada ibu mengandung/ janin.

Anda mahu kurus?

Advertisement

Must Watch Video