RENCANA
Di Sebalik 2 Servis Longlai dan Pingat Perak V Shem/Wee Kiong
20-19.
Peluang kedua tiba dengan 21-20.
1 mata lagi untuk memenuhi impian 30 juta rakyat Malaysia melihat pingat emas pertama Olimpik pulang ke tanahair.
Iklan
Bukan sekali tetapi dua kali peluang untuk mencipta sejarah buat negara.
Namun tidak kesampaian.
2 servis pada mata akhir menghalang genggaman kilauan emas itu.
Semua tumpuan kepada Tan Wee Kiong untuk melakukan servis setelah pengadil mengumumkan “20-19 match point”.
Wee Kiong menarik nafas dan servis melepasi jaring. Tetapi pendek tidak melepasi garisan.
Zhang Nan dan Fu Haifeng kembali lega kerana tanggung jawab merangkul pingat emas untuk China masih terbuka.
Peluang kedua Malaysia tiba. Kali ini 21-20. Goh V Shem sudah pasti memikirkan pingat emas.
Menarik nafas dan bersedia dalam kedudukan selesa untuk melakukan servis terpenting dalam kariernya, namun servis terus ke arah jaring.
Akhirnya, kelebihan mental sehalus benang ke atas bergu negara memberi pingat emas yang cukup bermakna untuk Zhang Nan yang sudah memenangi pingat gangsa brgu campuran bersama Zhao Yunlei di Rio dan kepada legenda bergu lelaki Fu Haifeng yang dijangka akan bersara selepas ini.
Terlalu hampir. Tersangat hampir untuk V Shem/ Wee Kiong menjadi hero Malaysia.
Namun, kekalahan ini memberi kepercayaan kepada pemain dan rakyat Malaysia bahawa tidak mustahil untuk atlit negara menjadi yang terbaik di dunia.
Sekali lagi sukan menyatukan rakyat berbilang kaum Malaysia.
V Shem berkata dia banyak mempelajari tentang diri sendiri dan terkejut dengan karakter yang ditampil di Olimpik kali ini.
Begitu juga Wee Kiong yang mengakui pingat perak ini memberi keyakinan luar biasa kepadanya.
Mengejutkan bergu no. 1 dunia dari Korea Selatan, Lee Yong Dae/ Yoo Yeon Seong di suku akhir dan Chai Biao/Hong Wei bergu no. 5 dunia di separuh akhir serta menumpaskan lawan di final dalam peringkat kumpulan membuktikan bergu negara adalah yang terbaik di dunia.
Tahniah kepada Goh V Shem/ Tan Wee Kiong.
Pingat perak ini sebenarnya lebih daripada sekadar pingat.
Pingat perak Olimpik ini memberi pengajaran dan memberi kesedaran positif kepada V Shem/Wee Kiong untuk terus cemerlang dalam karier badminton dan kehidupan.
Must-Watch Video